Utusan Borneo (Sabah)

PDRM pastikan ‘Tan Sri’, ‘Datuk Seri’ terlibat sindiket dadah dibawa ke muka pengadilan

Jabatan Narkotik di Bukit Aman dalam proses mengambil tindakan terhadap tauke dadah terbabit

-

JELI: Polis mengenal pasti beberapa dalang utama sindiket penyeludup­an dadah di negara ini yang berselindu­ng di sebalik status ‘Tan Sri’, ‘Datuk Seri’ dan ‘Datuk’, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata, Jabatan Narkotik di Bukit Aman kini dalam proses untuk mengambil tindakan terhadap tauke dadah terbabit, yang juga didapati hidup mewah dengan berselindu­ng di sebalik perniagaan yang sah menyebabka­n polis sukar untuk mendapatka­n maklumat yang boleh mengaitkan mereka dengan kegiatan pengedaran dadah.

“Tetapi saya akan pastikan mereka ini akan masuk (penjara), walaupun saya tahu statusnya tinggi bergelar Datuk, Datuk Seri atau Tan Sri… saya akan berusaha bahawa perbuatan tidak bertanggun­gjawab mereka ini akan terungkai dan mereka akan didakwa.

“Paling tidak pun saya akan ambil tindakan di bawah POCA (Akta Pencegahan Jenayah 1959),” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli dekat sini semalam.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat.

Abdul Hamid berkata, telah tiba masanya kegiatan golongan itu didedahkan dan mereka dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahan yang merosakkan ribuan masyarakat akibat terjerumus dalam penyalahgu­naan dadah.

“Beribu masyarakat rosak disebabkan perbuatan mereka hendak mendapatka­n keuntungan secara haram ini dan sudah berapa ramai yang masuk penjara, berapa ramai warga polis terhukum disebabkan menerima rasuah untuk beri perlindung­an menutup kegiatan tauketauke dadah ini.

“Jangan ingat mereka boleh berselindu­ng di sebalik title yang mereka ada itu untuk menjalanka­n aktiviti perniagaan yang kononnya sah tetapi sebaliknya melakukan kegiatan jenayah seperti pengedaran dadah,” katanya.

Abdul Hamid turut memberi jaminan polis di setiap peringkat daerah dan negeri akan menjalanka­n siasatan secara telus dan terperinci berhubung sindiket pengedaran dan penyeludup­an dadah itu bagi memastikan setiap rangkaian sindiket dari atas hingga ke bawah ditumpaska­n.

Mengulas laporan berhubung kejadian seorang pegawai dan lima anggota polis ditahan dalam serbuan parti liar di sebuah pangsapuri di Ipoh, Perak, kelmarin, Abdul Hamid berkata: “Saya ingatkan kepada warga PDRM bahawa tiada maaf lagi untuk kesalahan sebegini kerana perbuatan ini amat tidak bertanggun­gjawab.

“Saya sudah arahkan siasatan lanjut dilakukan supaya mereka tidak terlepas dan akan pastikan mereka dihukum.”

“Paling tidak pun saya akan ambil tindakan di bawah POCA (Akta Pencegahan Jenayah 1959). Tan Sri Abdul Hamid Bador

Ketua Polis Negara

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAUAN: Abdul Hamid (tiga kanan) bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed (dua kiri) melihat pelan pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli yang baharu ketika lawatan kerja di tapak pembinaan IPD Jeli semalam.
— Gambar Bernama TINJAUAN: Abdul Hamid (tiga kanan) bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed (dua kiri) melihat pelan pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli yang baharu ketika lawatan kerja di tapak pembinaan IPD Jeli semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia