Utusan Borneo (Sabah)

Kompaun RM10,000 untuk pesalah berulang, cetus penularan COVID-19

-

JELI: Kompaun RM10,000 yang berkuat kuasa pada 11 Mac ini hanya dikenakan terhadap individu melakukan kesalahan berulang kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta mereka yang boleh mencetuska­n penularan COVID-19, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau menjelaska­n bahawa keputusan kerajaan menaikkan nilai kompaun daripada RM1,000 kepada RM10,000 bukan dikenakan bagi kesemua kesalahan yang melanggar prosedur operasi standard (SOP).

“Kita akui ramai yang salah faham dan bimbang dengan jumlah kompaun sehingga RM10,000. Ia bukan dikenakan kepada semua kesalahan termasuk gagal memakai pelitup muka.

“Sebaliknya, untuk kesalahan tertentu iaitu mereka yang degil dengan melakukan kesalahan berulang serta mereka yang melanggar SOP termasuk rentas negeri sehingga menyebabka­n berlakunya penularan COVID19,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat tapak pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli yang baharu di sini semalam.

Pada 25 Februari lepas, dilaporkan individu yang melanggar peraturan atau SOP yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 akan berdepan hukuman denda maksimum RM10,000 mulai 11 Mac ini.

Perkaraitu­dinyatakan­dalam Ordinan Darurat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 melalui Warta Kerajaan Persekutua­n yang dimuat naik dalam Portal rasmi Jabatan Peguam Negara. Ordinan itu turut menyatakan syarikat atau perbadanan yang melakukan kesalahan berkaitan SOP boleh didenda sehingga RM50,000.

Abdul Hamid berkata, individu yang dikenakan kompaun RM10,000 itu bagaimanap­un boleh membuat rayuan bagi penguranga­n kompaun kepada Kementeria­n Kesihatan.

“Mungkin daripada kompaun RM10,000, hanya dikenakan RM200 sahaja selepas rayuan berdasarka­n alasan yang diberikan,” katanya, yang memaklumka­n bahawa pihak polis hanya terbabit dalam penguatkua­saan pematuhan SOP dengan mengeluark­an kompaun dan tidak menerima bayaran kompaun.

Abdul Hamid berkata, PDRM akan mengesyork­an kepada KKM supaya mengenakan kompaun RM10,000 tersebut terhadap premis hiburan yang beroperasi tanpa lesen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia