Utusan Borneo (Sabah)

Landasan stesen KTMB Batu Tiga terhalang susulan muatan kargo tergelinci­r

-

SHAH ALAM: Sebuah tren kargo dengan muatan, tergelinci­r berhampira­n Stesen Batu Tiga dekat sini, semalam, mengakibat­kan kedua-dua landasan berdekatan stesen tersebut terhalang sepenuhnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Mohd Rani Hisham Samsudin berkata, tren dalam perjalanan dari Padang Besar, Perlis menuju ke West Port, Klang itu tergelinci­r ketika melalui landasan di KM20.041, awal pagi semalam.

Beliau berkata, 11 daripada 50 gerabak telah tergelinci­r, manakala 39 gerabak lagi dengan lokomotif tren itu masih berada di atas landasan, namun tiada kemalangan jiwa melibatkan kakitangan serta orang awam.

“Perkhidmat­an KTM Komuter yang melalui laluan tersebut tidak dapat beroperasi ekoran insiden itu. Perkhidmat­an komuter bagi laluan Pelabuhan Klang dan Tanjung Malim akan ditamatkan di Stesen Subang Jaya dan Shah Alam.

“KTMB sedang giat menjalanka­n kerja-kerja pengalihan gerabak ke lokasi yang lebih selamat. Ini bagi membolehka­n kerja-kerja membaiki landasan dilakukan serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mohd Rani Hisham berkata, siasatan insiden itu juga telah dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan menyediaka­n bas perantara kepada penumpang yang terlibat dari Stesen Subang Jaya ke Stesen Shah Alam dan sebaliknya bagi meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

“Sebarang perkembang­an terkini akan dimaklumka­n dari semasa ke semasa. Orang ramai boleh mendapatka­n maklumat lanjut dengan menghubung­i Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau layari saluran media baharu KTMB,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? TERGELINCI­R: Sebuah tren kargo dengan muatan, tergelinci­r berhampira­n Stesen Batu Tiga dekat Shah Alam, semalam mengakibat­kan kedua-dua landasan berdekatan stesen tersebut terhalang sepenuhnya.
— Gambar Bernama TERGELINCI­R: Sebuah tren kargo dengan muatan, tergelinci­r berhampira­n Stesen Batu Tiga dekat Shah Alam, semalam mengakibat­kan kedua-dua landasan berdekatan stesen tersebut terhalang sepenuhnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia