Utusan Borneo (Sabah)

MAQIS P.Pinang rampas dua kontena kayu bernilai lebih RM250,000

-

BUTTERWORT­H: Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang merampas 5,411 unit kayu spesies White Oak Kd Rough Sawn bernilai RM251,845 kerana gagal mematuhi syarat permit impot yang sah, di Pelabuhan Pengkalan Kontena Butterwort­h Utara (NBCT), kelmarin.

Pengarahny­a Zarina Ramli berkata, dalam pemeriksaa­n pada jam 2 petang itu, mendapati dua kontena membawa muatan spesies kayu yang diimport dari Denmark tanpa mematuhi syarat permit impot yang sah dikeluarka­n MAQIS.

“Berikutan itu, pihak kami merampas semua dagangan dianggarka­n bernilai RM251,845 untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 15 (1) Akta Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia 2011 iaitu kegagalan mengimport tanpa mematuhi syarat permit dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata, pihak MAQIS sentiasa menjalanka­n pemeriksaa­n di semua pintu masuk negara bagi memastikan komoditi pertanian, ikan dan haiwan yang masuk atau keluar dari negara mematuhi syarat serta peraturan yang ditetapkan bagi memastikan keselamata­n makanan terjamin dan selamat di negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia