Utusan Borneo (Sabah)

KPLB belanjakan RM10 juta bangunkan kawasan di Lawas

Peruntukan RM10 juta ini adalah merangkumi projek-projek penyediaan infrastruk­tur kepada rakyat, kata Henry

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) telah membelanja­kan sejumlah RM10 juta pada tahun 2020 untuk membangunk­an kawasankaw­asan di Lawas yang merupakan daerah yang terletak di utara Sarawak serta merupakan sebuah kawasan yang dikategori­kan sebagai luar bandar.

Timbalan Menteri 2 KPLB, Datuk Henry Sum Agong berkata, peruntukan RM10 juta ini adalah merangkumi projek-projek penyediaan infrastruk­tur kepada rakyat seperti Jalan Perhubunga­n Desa, Lampu Jalan Kampung Projek Ameniti Sosial (Baik Pulih Jambatan dan Kemudahan Asas Luar Bandar) Projek Perumahan Rakyat Termiskin, Program Desa Lestari dan Program Peningkata­n Pendapatan untuk usahawan dan penduduk di luar bandar.

“Pada tahun 2021, KPLB telah diperuntuk­kan sejumlah RM6.65bilion bagi peruntukan pembanguna­n meliputi KPLB dan Agensi. Peruntukan ini meningkat daripada tahun 2020 iaitu sebanyak RM6.24bilion. Penambahan sebanyak RM410 juta (6.5%),” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Tambah Henry lagi, KPLB akan memastikan setiap perancanga­n projek terutama di luar bandar yang dilaksanak­an dapat memberikan impak menyeluruh kepada rakyat sewaktu pandemik COVID19 melanda.

“Projek yang dilaksanak­an akan meningkatk­an taraf ekonomi penduduk di luar bandar, menawarkan peluang pekerjaan serta memastikan ekonomi setempat berkembang,”

“Projek-projek ini perlu dijalankan kembali untuk merangsang ekonomi negara serta memastikan kitaran ekonomi pelbagai sektor dapat dirancakka­n yang seterusnya mampu menjana pertumbuha­n untuk negara,” katanya.

“Pada tahun 2021, KPLB telah diperuntuk­kan sejumlah RM6.65bilion bagi peruntukan pembanguna­n meliputi KPLB dan Agensi. Peruntukan ini meningkat daripada tahun 2020 iaitu sebanyak RM6.24bilion. Penambahan sebanyak RM410 juta (6.5%). Datuk Henry Sum Agong

Timbalan Menteri 2 KPLB

 ??  ?? UNTUK RAKYAT: KPLB menerima peruntukan pembanguna­n tahun 2021 sebanyak RM6.65b berbanding tahun 2020 sebanyak RM6.24b.
UNTUK RAKYAT: KPLB menerima peruntukan pembanguna­n tahun 2021 sebanyak RM6.65b berbanding tahun 2020 sebanyak RM6.24b.
 ??  ?? FOKUS: Henry bercakap kepada media semasa sidang media peruntukan projek-projek KPLB Tahun 2021.
FOKUS: Henry bercakap kepada media semasa sidang media peruntukan projek-projek KPLB Tahun 2021.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia