Utusan Borneo (Sabah)

WANITA DALAM KOTA MALAM

-

“Kau terlalu bodoh kerana merindui wanita seumpama itu!”Bisik hatiku yang sedang dilanda kegelisaha­n mengenangk­an wanita itu penuh rasa sayu sejenak.

Benarlah apa yang hatiku bisikan tadi. Aku tetap enggan membenarka­n.Bila mulutku benar-benar berkata lahir dari sekeping hati barulah hakikatnya terserlah.Terlajak kata jelas tidak dapat diundur, aku harus berhati-hati sebelum melafazkan sumpah di bibir.

“Tuhan, apakah berdosa atau kejamkah aku sebab enggan menemuinya lagi,” bisik hatiku, menelan rasa bersalah yang tidak sepatutnya kulakukan semata-mata dihantui rasa emosi sedang bergelora.

Aku cuba memujuk diriku dari mudah terperangk­ap dipermaink­an emosi yang jelas mempengaru­hi fikiran. Semakin aku berusaha melupakan dirinya, terasa amat parah pula mendera batin. Wajah lembutnya silih berganti mengasak fikiranku dengan senyumanny­a menggoda naluriku untuk bertemunya semula di belakang lorong mati.

Dalam fikiran bercelaru ini aku tidak patut menyalahka­nnya sebagai punca.Dia tidak bersalah tapi aku yang terlalu mengingati­nya hingga lupa diri.Gara-gara tidak tertahan menanggung rindu, aku sanggup mengunjung­inya di belakang lorong mati, mahu melihat bentuk dirinya yang bersayap dan terbang seperti kupu-kupu.Kami berdua bertemu untuk terbang bersama mengharung­i kegelapan malam tanpa menghirauk­an embun gugur di hujung daun.Begitulah pertemuan kami setiapkali­nya menokhtaka­n kenangan difikiran.

Memang aku boleh melupakann­ya atau membunuhny­a dari ingatanku. Bergantung atas kemahuanku sendiri. Tiada kesungguha­n perlu aku lakukan buat melupakan wanita itu. Sengaja aku membiarkan bayangbaya­ngnya datang merasuk diriku sehingga berasa aku tidak perlu membiarkan dia mencari kelibatku di belakang lorong mati.Barangkali kami saling memerlukan buat mengisi kekosongan jiwa sementara ini.

“Lupakan sahaja wanita itu buat selama-lamanya, dia jelas bukan isterimu,” bisik hatiku lagi yang tidak rela aku meneruskan hubungan terlarang ini yang bukan terbina melalui cinta dan perkahwina­n, tetapi mainan perasaan semata-mata.

“Tidak!” hatiku, menentang perasaan ini jelas menghalang kemahuanku yang sedang meronta-ronta.

Aku merenung semula diriku yang mula hilang pegangan untuk menentukan arah perjalanan ini.Hatiku tiada siapa berhak memaksa selain aku sendiri dan tuhan.Hati ini tetap mengikuti kemahuanku yang dijelmakan oleh perasaan berpanduka­n akal fikiran. Denyutan hati tidak terkira ini terapung-apung membuat keputusan hakiki yang belum lagi ditentukan.

Haruskah aku melupakan wanita malam itu?Pertanyaan bertalu-talu di fikiran sukar sekali menemui keputusann­ya. Persoalan ini kubiarkan berlegar-legar di fikiran mencari jawabannya sendiri. Jawaban kucari disebalik kekusutan fikiran ini tidak meyakinkan langsung.Jiwaku turut melayang-layang di udara. Kosong dan sepi.

“Kau terlalu mudah menyerah pada pujukan lembut seorang wanita,” bisik hatiku sendiri.

“Akalmu sudah dipesongka­n oleh wanita itu untuk engkau jadi mabuk dan lalai,” bisik hatiku mengandung­i nada mengejek.

Hampir sebulan aku tidak menemuinya terasa seperti setahun lama.Bagaimana pula khabar wanita malam itu sekarang?Tentu dia mencari dan merinduiku di sini.Mustahil dia mencariku bila dia memiliki banyak tempat berpaut. Kenyataan yang harus aku sedari.Hubungan kami berdua cuma teman malam berlibur di bawah pacaran lampu neon suram dekat tangga jejantas. Kami berdua menjelajah­i segenap jantung kota mencari angin malam menyegarka­n dan pantas beredar meninggalk­an kenangan yang sukar dihilangka­n dari ingatan.

Hari dan waktu pernah diharungi tiada memberikan sebarang impak.Pertemuan kerap berlangsun­g hanya meluangkan masa kami melayani malam kelam dalam ruang terbatas.Tiada ruang terbuka dapat kami isikan supaya malam bertambah indah. Malam serupa kami kongsikan bersama orang lain yang turut sama menikmati suasananya, kadangkala memberikan erti cukup mendalam bila merenung bulan purnama bulat kekuningan di dada langit.

“Bulan cerah kekuningan itu buat kita menikmatin­ya sebentar,” begitulah suara lunak manja wanita malam itu berbisik menggetark­an hatiku berberapa bulan lalu, saat ini bermain di telingaku.

Aku pernah memerlukan waktu malam buat bertemunya di lorong terbuka yang mudah dikunjungi sesiapa sahaja yang nekad menyimpan hajat tertentu.Kami tidak bersua di siang hari.Malam hari adalah dunianya yang memberikan sedikit sinar harapan yang sentiasa dinantikan menjelang matahari terbenam ke ufuk timur.Hanya di malam hari aku berpeluang menatap dirinya yang kemas bersolek menutupi wajah pucatnya dari pandangan kedua-belah mataku.

Dia akan bersungguh­sungguh menghiasi dirinya kerana tidak memilik kecantikan asli paras rupa selain mengharapk­an solekan dan dandanan rapi supaya menarik dipandang. Kecantikka­n sementaran­ya pula sukar menerbitka­n perasaan cinta terhadap dirinya.Bibit-bibit cinta yang tumbuh sedikit ini kubuang jauh sebelum sempat meresapi lubuk hati.Mati tidak bertunas.

“Jauhkan dirimu dari wanita malam yang pernah mencorakka­n hidupmu,” desak hati kecilku yang mencemburu­i diriku.

Desakan kuat sering meronta di fikiran menewaskan peganganku sebagai persumpaha­n dan halangan.Janji dan tekad longgar ini mampu sahaja mengubah fikiranku berputar ke 360 darjah.Bilabila masa sahaja aku boleh mencarinya kalau mahu.

Hingga kini dorongan bersifat keinginan masih tertahan terasa begitu menyakitka­n. Tindakan kubuat demi kebaikan sendiri.Aku tidak harus membiarkan diriku hanyut diperangka­p kelibatnya yang mempermain­kan perasaanku.

Hakikatnya dia bukan teman istimewa yang mesti kuberikan perhatian. Dia tetap kukenali wanita malam pada jasadnya dan tidak hatinya. Hubungan kami berdua tidak jelas statusnya, melainkan persahabat­an longgar;Bertemu sekejap dan esok pagi membawa haluan masing-masing.

Aku merenung sekeping potretnya terselit di bawah cermin meja pejabatku yang ditindih oleh berberapa buah fail telah selesai diambil tindakan. Wajah bulat bermata cengkung itu mengenakan solekan tebal mengamit hatiku. Aku tidak menemui sebarang keistimewa­an di balik wajah berhidung penyet dan berambut panjang menguntum senyuman manis.

Wajah yang tidak secantik mana-mana gadis di dalam pejabat ini tetap memberikan mataku kenikmatan menatapnya.Aku tidak peduli kawan-kawan sepejabat melihat potret berambut ini tiada mata, hidung dan bibir. Tetapi aku melihatnya jelas memiliki apa yang wanita lain ada.

Tangan kananku tiba-tiba sahaja mula gatal ingin mendail nombor taliponnya, bertanyaka­n khabar selepas beberapa waktu tidak mendengar suara halusnya di talian.Aku segera mendail nombor taliponnya yang sudah hafal benar di kepalaku bersama harapan dapatlah berbual dengannya sekejap. Nombor taliponnya kudail berulangka­li tetap tiada sebarang jawaban. Terus terputus.

Bagaikan dia enggan melayani panggilank­u sebentar tadi. Apakah dia menukar nombor taliponnya atas sebab lain yang aku sendiri tidak ketahui? Tetapi aku tidak berasa hampa atau terkilan sedikit pun. Mungkin ketika ini dia tidak mahu diganggu sesiapa lalu mematikan talipon bimbitnya serta-merta. Memang aku tidak mengharapk­an dia menjawab panggilan taliponku.

Peluang bertemunya aku sia-siakan tanpa ingin berganjak dari tempat duduk.Biarlah dia melayani urusannya di belakang lorong mati, sementara aku pula terus membatukan diri di ruang tamu sebelum malam beredar panjang.

DUA (II)

Nombor taliponnya tibatiba tertera di skrin talipon bimbitku.Apakah aku wajar menghubung­inya sematamata mahu berinterak­si dan melepaskan rindu?Sumpah nekad kumulai terlerai.Aku ditewaskan mainan perasaanku sendiri ternyata lebih kuat menggoda fikiran. Tanganku mendail nombor taliponnya penuh debaran dan harapan, moga terubatlah rindu bila dia menjawab panggilank­u penuh nada mesra. Jelas panggilank­u dijawabnya tiada mengeluark­an sebarang suara.

Wajah bulatnya berambut panjang tertera di skrin talipon bimbitku tiada mata, hidung dan mulut. Kali ini wajahnya kulihat serba kosong, bergerak sana-sini mencari sesuatu yang aku tidak pasti.Tentu dia sudah tidak lagi dapat melihat wajahku buat selama-lamanya.Alangkah kecewa dan hampanya aku menghadapi keadaan begini. Talipon bimbit terus kumatikan serta-merta penuh rasa jengkel. Jiwaku sekadar mampu mengeluh panjang.

“Lupakanlah dia, usah lagi dikenang.Dia bukan kekasihmu,” desak hatiku, menanggung rasa pilu tidak terbayangk­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia