Utusan Borneo (Sabah)

Penulis Mak Ngah Weston, tiba waktunya pergi

-

DUNIA sastera Sabah juga kehilangan salah seorang lagi penulis iaitu Mak Ngah Weston atau nama sebenarnya Junaidah Omarali. Menurut khabar yang diterima dari grup WhatsApp Info Sastera, beliau kembali ke rahmatulla­h, pada Khamis 11 Februari.

Beliau berasal dari Kampung Imam Arsat, Weston..Mula menulis sekitar tahun 1990 dalam bidang puisi dan cerpen. Beliau bekerja sebagai Pembantu tadbir di SK Ladang Lumadan. Mak Ngah sering menulis puisi dan cerpen untuk siaran akhbar tempatan termasuk Utusan Borneo.

Waktu Akan Terus Berganti Hari semakin pentas berganti Pengantian waktu yang pasti terjadi Tidak mampu kita mengelak lagi Perubahan waktu yang realiti

Renungkanl­ah paradigma kehidupan ini Semakin kita lalai

Semakin kita rugi

Waktu akan terus berganti

Tidak pernah waktu menanti Sejam seminit sesaat tidak akan terjadi Bagaimana kita harus menghargai Adanya waktu mensucikan diri Beramal ibadat itu yang pasti Pengisian hidup penuh bererti Kerana hidup ini bukan abadi

Tiba waktunya akan pergi Bertemu ilahi .... Junaidah Omarali

Sk Ladang Lumadan Beaufort 24 Mei 2017

Ya benar, bila tiba waktunya kita akan pergi, Bertemu ilahi. Kerana itu, kita harus mensucikan diri dengan amal ibadat dan pengisian hidup penuh bererti, kerana hidup itu sendiri, bukan sesuatu yang abadi.

Ini adalah antara puisi yang pernah dihantar dan disiarkan Utusan Borneo. Semoga segala amal baiknya dan semoga karyanya akan terus memberi manfaat kepada khalayak sastera di negeri ini.

Al fatihah

 ??  ?? MAK NGAH WESTON aka JUNAIDAH OMARALI
MAK NGAH WESTON aka JUNAIDAH OMARALI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia