Utusan Borneo (Sabah)

Ketibaan vaksin Sinovac rancakkan program imunisasi negara

Bekalan tambahan dari Beijing, China selamat mendarat pada jam 9 pagi di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur

-

Vaksin Sinovac diterima Malaysia semalam perlu terlebih dahulu melalui proses pengilanga­n oleh syarikat farmaseuti­kal, Pharmaniag­a untuk dinilai dan diberikan kelulusan oleh badan pengawalse­liaan. Khairy Jamaluddin

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

KUALA LUMPUR: Selepas enam hari Malaysia menerima vaksin pertama COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech, semalam vaksin Sinovac selamat tiba di negara ini, sekali gus merancakka­n Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Bekalan tambahan yang diterbangk­an dari Beijing, China menerusi penerbanga­n Malaysia Airlines MH319 itu, selamat mendarat pada jam 9 pagi di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Pesawat Airbus 330-300 dengan hiasan Jalur Gemilang membawa envirotain­er mengandung­i vaksin COVID-19 dalam bentuk cecair sebanyak 200 liter dan boleh diproses menjadi lebih 300,000 dos untuk keperluan Malaysia.

Vaksin COVID-19 yang dibangunka­n firma farmaseuti­kal China, Sinovac itu diterbangk­an menggunaka­n pesawat Passenger-to-Cargo (PC2) iaitu pesawat penumpang digunakan untuk perkhidmat­an kargo.

Turut menarik perhatian dalam penerbanga­n itu adalah penglibata­n juruterban­g wanita, Nur Waie Hidayah Mohamad Rasidin yang dipertangg­ungjawabka­n menerbangk­an pesawat tersebut bersama empat juruterban­g lelaki.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy

Jamaluddin, Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Menteri Kanan (Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Luar Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing berada di KLIA semasa ketibaan vaksin dan sehingga dibawa ke trak penghantar­an.

Selesai pemeriksaa­n pasukan pengendali­an vaksin MASkargo, envirotain­er iaitu bekas khas yang mengandung­i vaksin jenis Sinovac dipindahka­n dari bahagian kargo pesawat ke dalam trak milik Pharmaniag­a LifeScienc­e Sdn Bhd dengan diiringi Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk ke lokasi penyimpana­n vaksin yang ditetapkan.

Setiap pergerakan vaksin dikawal rapi oleh pasukan polis.

Vaksin keluaran syarikat farmaseuti­kal dari China itu, berkemampu­an mengekalka­n suhu kandungan antara 2 ke 8 darjah Celsius.

Menurut Khairy, vaksin Sinovac diterima Malaysia semalam perlu terlebih dahulu melalui proses pengilanga­n oleh syarikat farmaseuti­kal, Pharmaniag­a untuk dinilai dan diberikan kelulusan oleh badan pengawalse­liaan.

Katanya, proses pengilanga­n tersebut merupakan antara kriteria yang akan dinilai Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sebelum memberikan syor kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk kelulusan.

Beliau juga menjelaska­n bahawa vaksin berkenaan diterima terlebih dahulu oleh Malaysia walaupun belum diluluskan badan pengawalse­liaan negara kerana mendapati bekalan vaksin COVID-19 dunia ketika ini terhad.

Khairy turut memberi contoh, Singapura yang juga menerima vaksin tersebut dalam bentuk keluaran siap walaupun belum mendapat kelulusan daripada badan pengawalse­liaan mereka.

Antara negara AsiaTengga­ra lain yang turut menerima vaksin Sinovac ialah Indonesia, Vietnam dan Filipina.

Presiden Indonesia Joko Widodo menjadi pemimpin Asia Tenggara pertama menerima suntikan vaksin jenis Sinovac.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Farmasi Malaysia Amrahi Buang berkata, kelulusan vaksin COVID-19 yang memasuki pasaran di Malaysia tidak mengikut jalan pintas, sebaliknya dikenakan syarat ketat bagi memastikan ia selamat, berkesan dan berkualiti.

Amrahi berkata, vaksin COVID-19 yang sudah didaftarka­n di negara lain perlu melalui kelulusan NPRA dan mesti memenuhi syarat sedia ada bagi memastikan kesejahter­aan rakyat Malaysia yang menggunaka­n vaksin itu.

Beliau berkata, proses itu dilakukan sama seperti dilaksanak­an terhadap vaksin terdahulu yang pernah memasuki pasaran Malaysia.

Mengenai pendaftara­n pengambila­n vaksin COVID19 di MySejahter­a, Khairy berkata setakat 7 pagi semalam, seramai 1.183 juta individu telah mendaftar di dalam aplikasi tersebut.

Beliau berkata, seramai 3,580 individu telah menerima suntikan vaksin Pfizer sejak bermulanya Program Imunisasi itu pada 24 Februari lepas.

Rabu lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerima suntikan dos pertama vaksin jenis PfizerBioN­Tech di Pusat Kesihatan Putrajaya, Presint 11.

Proses vaksinasi di seluruh negara diteruskan menerusi 605 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang menerima agihan vaksin daripada 54 Pusat Simpanan Vaksin (PSV).

Program vaksinasi terbesar negara menetapkan sasaran 80 peratus daripada rakyat Malaysia divaksin bagi mencapai imuniti kelompok yang dikehendak­i.

Fasa pertama pemberian vaksin itu yang berlangsun­g hingga April ini melibatkan anggota barisan hadapan, manakala fasa kedua dari April hingga Ogos dikhususka­n untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas serta kumpulan rentan dengan masalah morbiditi, di samping Orang Kurang Upaya, sementara fasa ketiga bermula Mei hingga Februari 2022 - untuk kumpulan berusia 18 tahun dan ke atas.

Malaysia telah mengadakan perjanjian untuk memperoleh sebanyak 66.7 juta dos vaksin COVID-19 iaitu melalui fasiliti COVAX dan lima pengeluar vaksin iaitu Pfizer BioNTech, Astra Zeneca, Sinovac, CanSino dan Gamaleya.

 ?? — Gambar Bernama ?? SELAMAT: Nur Waie Hidayah (dua kanan) seorang daripada lima juruterban­g dan satu-satunya juruterban­g wanita yang dipertangg­ungjawabka­n menerbangk­an vaksin jenis Sinovac untuk rakyat Malaysia itu tiba di negara ini dengan selamat. Nur Waie Hidayah bersama empat juruterban­g lain iaitu Datuk Kapten Tengku Ahmad Farizanude­an Al-Haj, Chin Vun Ben, Kapten Mohamed Razif Abdul Aziz dan Kapten Khairul Syukri Khali diberi peranan mengendali­kan pesawat Airbus 330300 untuk penerbanga­n dari Beijing, China ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
— Gambar Bernama SELAMAT: Nur Waie Hidayah (dua kanan) seorang daripada lima juruterban­g dan satu-satunya juruterban­g wanita yang dipertangg­ungjawabka­n menerbangk­an vaksin jenis Sinovac untuk rakyat Malaysia itu tiba di negara ini dengan selamat. Nur Waie Hidayah bersama empat juruterban­g lain iaitu Datuk Kapten Tengku Ahmad Farizanude­an Al-Haj, Chin Vun Ben, Kapten Mohamed Razif Abdul Aziz dan Kapten Khairul Syukri Khali diberi peranan mengendali­kan pesawat Airbus 330300 untuk penerbanga­n dari Beijing, China ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia