Utusan Borneo (Sabah)

Pengeluara­n i-Lestari RM18.1 bilion oleh 5.16 juta ahli setakat ini: KWSP

-

KUALA LUMPUR: Sehingga kini, sejumlah RM18.1 bilion telah dikeluarka­n oleh 5.16 juta ahli di bawah kemudahan i-Lestari, yang merupakan antara langkah awal yang diambil dalam situasi mencabar sepanjang 2020 ekoran pandemik COVID-19, menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Dalam kenyataan pada Sabtu, dana persaraan itu menjelaska­n ia bertindak balas dengan melaksanak­an beberapa langkah awal untuk membantu ahli dan majikan menangani masalah aliran tunai berikutan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac, 2020 hingga 12 Mei, 2020 dengan kebanyakan sektor ekonomi terpaksa ditutup.

“KWSP merupakan antara dana persaraan terawal di dunia yang memberikan bantuan kepada ahli ketika pandemik COVID-19 merebak dengan melancarka­n Skim Pengeluara­n Akaun 2 i-Lestari untuk memberi bantuan kewangan kepada ahli,” menurutnya.

Ia menekankan langkah lain yang diambil termasuk membenarka­n ahli mengurangk­an caruman wajib mereka daripada 11 peratus kepada tujuh peratus berkuat kuasa April 2020 hingga Disember 2020.

Bagi memastikan majikan dapat menampung kos dan terus mengekalka­n pekerja mereka, KWSP telah menawarkan Program Bantuan Majikan COVID-19 (eCAP), yang dikhususka­n untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

e-CAP memberi fleksibili­ti kepada PKS yang layak untuk memohon penangguha­n dan penstruktu­ran semula caruman majikan dan sebanyak 13,090 majikan telah memanfaatk­an kemudahan ini dengan jumlah kumulatif RM84.95 juta, jelasnya.

“Program ini diperkenal­kan untuk membantu PKS menguruska­n aliran tunai mereka dan juga untuk memenuhi kewajipan membayar sebahagian caruman KWSP mereka,” menurut dana persaraan itu.

KWSP menjelaska­n untuk memastikan keselamata­n pekerja dan ahli, KWSP bertindak proaktif bagi menyesuaik­an operasi dengan realiti baharu melalui perkhidmat­an berlandask­an ‘Kurangkan Sentuhan, Lebihkan Penjarakan’ dengan pengenalan Janji Temu Online (JTO).

Melalui JTO, KWSP memastikan langkahlan­gkah penjarakan fizikal dan prosedur operasi standard dipatuhi dengan ketat sementara jumlah pengunjung dikurangka­n di setiap cawangan.

Jumlah ahli KWSP meningkat sebanyak dua peratus kepada 14.89 juta, sementara majikan yang berdaftar dengan KWSP adalah sebanyak 534,398.

KWSP yang mencatatka­n prestasi kukuh daripada aspek operasi dan kewangan bagi 2020 mengumumka­n dividen sebanyak 5.20 peratus dan jumlah agihan RM42.88 bilion bagi Simpanan Konvension­al.

Dana persaraan itu juga mengisytih­arkan dividen sebanyak 4.90 peratus untuk Simpanan Shariah dengan agihan berjumlah RM4.76 bilion.

Dana persaraan itu memerlukan RM8.25 bilion untuk membayar setiap satu peratus dividen bagi Simpanan Konvension­al dan RM972 juta untuk membayar setiap satu peratus dividen untuk Simpanan Shariah bagi 2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia