Utusan Borneo (Sabah)

Cadang wujud WiFi percuma di PPR DBKL: Annuar

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Wilayah Persekutua­n sedang meneliti keperluan bagi mewujudkan perkhidmat­an WiF percuma di setiap Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menterinya Tan Sri AnnuarMusa berkata perkhidmat­an itu ditawarkan bagi membantu pelajar daripada golongan B40 mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajar­an di Rumah (PdPR) dengan lebih selesa.

Beliau berkata penelitian perlu dilakukan kerana ia melibatkan beberapa kos termasuk modal dan operasi.

“Di beberapa jalan di pusat tumpuan perniagaan (CDB) Kuala Lumpur sedikit masa lagi akan ada perkhidmat­an Wi-fi percuma, namun saya berpandang­an dalam kawasan PPR juga perlu ada perkhidmat­an yang sama.

“Malah, pengalaman kita sepanjang wabak COVID 19 ini membuktika­n pembelajar­an online sudah menjadi norma baharu, dan walaupun sekolah akan dibuka kaedah itu saling melengkapi pembelajar­an formal di sekolah,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri program penyerahan bantuan Riang Ria Kembali ke Sekolah anjuran Yayasan Wilayah Persekutua­n yang melibatkan beberapa PPR di sini, semalam.

Bantuan persediaan persekolah­an seperti baucar buku, beg sekolah dan pel itu p muka itu melibatkan peruntukan RM3 juta disumbangk­an kepada 31,838 pelajar terpilih dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 dari seluruh Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia