Utusan Borneo (Sabah)

Mangsa bencana banjir di Terengganu terima bantuan RM500

-

CHUKAI: “Bantuan RM500 ini amat berharga, sekurang kurangnya mampu untuk meringanka­n beban saya membeli barangan keperluan,” kata Roizat Abdullah, 42, antara penerima bantuan daripada kerajaan negeri berikutan ditimpa banjir akhir tahun lepas.

Bapa kepada dua anak itu yang bekerja sebagai operator di sebuah syarikat swasta berkata wang tersebut akan digunakan sebaiknya apatah lagi setelah rumahnya di Telok Kalong, di sini ditenggela­mi air menyebabka­n banyak perabotnya yang rosak.

“Dua hari rumah bertakung air banjir...kabinet televisyen dan almari baju paling teruk rosak. Barangan lain seperti peti sejuk juga tenggelam tetapi masih boleh digunakan. Syukur apabila ada pihak yang membantu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima baucar RM500 di sini semalam.

Sementara itu, dalam sidang media sempena penyerahan bantuan tersebut, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peruntukan sama akan diterima hampir 12,000 Ketua Isi Rumah (KIR), yang telah dikenal pasti sebagai mangsa banjir.

Katanya, ia melibatkan kos berjumlah RM6.4 juta dan akan disalur secara berperingk­at mengikut Dewan Undangan Negeri (DUN), masing-masing.

“Tentunya sumbangan RM500 itu tidak mampu menyelesai­kan masalah mereka tetapi kita berharap ia meringanka­n bebanan semasa yang ditanggung. Bantuan tersebut baru mula disalurkan kerana ia melibatkan proses tertentu dan kita hendak memastikan musim monsun ini benarbenar telah tamat.

“Kebiasaann­ya ia (monsun) akan berakhir selepas perayaan Cap Goh Meh, yang berakhir dua hari lepas... lagipun kita lihat ini tempoh yang lebih baik selepas Perintah Kawalan Pergerakan 2.0,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Ahmad Samsuri berkata rakyat Terengganu tidak boleh mengambil mudah dengan saranan kerajaan supaya berdaftar menerusi aplikasi MySejahter­a untuk mendapatka­n suntikan vaksin COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia