Utusan Borneo (Sabah)

Seramai 27 calon layak bertanding

Hamidin dijangka menang tanpa bertanding jawatan presiden penggal 2021-2025 pada Kongres FAM ke-57

-

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Subahan Kamal sah tidak mempertaha­nkan jawatannya menjelang pemilihan Jawatankua­sa Eksekutif FAM pada Kongres FAM kali ke-57 yang akan berlangsun­g pada 13 Mac depan.

Berdasarka­n senarai 27 calon layak bertanding dalam pemilihan bagi penggal 20212025 dikeluarka­n Jawatankua­sa Pemilihan FAM semalam hanya nama Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Datuk S. Sivasundar­am menjadi calon bagi mengisi dua jawatan Timbalan Presiden.

Perebutan empat kerusi naib presiden pula menyaksika­n bekas Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Afandi Hamzah mengintai peluang kembali bersama badan induk bola sepak negara itu selepas gagal mempertaha­nkan jawatannya dalam pemilihan kongres kali ke-53 pada 2017.

Beliau yang turut pernah memangku jawatan presiden FAM antara lima calon bertanding bagi kerusi itu selain Datuk Rosmadi Ismail, Datuk Posa Majais, Mohd Joehari Mohd Ayub dan Mohd Firdaus Mohamed.

Pada masa sama, persaingan sengit dijangka berlaku dalam perebutan kerusi ahli jawatankua­sa eksekutif apabila keenam-enam penyandang sebelum ini bakal dicabar 11 muka baharu bagi mengisi keseluruha­n lapan kerusi yang dipertandi­ngkan.

Dalam kalangan 11 muka baharu itu, ada individu yang pernah dan sedang memegang jawatan penting dalam persatuan bola sepak (FA) negeri.

Antaranya bekas timbalan presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Datuk Adly Shah Ahmad Tah, pemangku presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Datuk Shaari Mat Hussain dan timbalan presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Sementara itu, Datuk Hamidin Mohd Amin dijangka menang tanpa bertanding jawatan presiden FAM penggal 2021-2025 selepas muncul calon tunggal sementara Datuk Suraya Yaacob dan Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah pula tidak dicabar bagi mengisi dua jawatan sebagai ahli jawatankua­sa eksekutif wanita.

“Selepas tarikh akhir untuk calon-calon berkenaan mengembali­kan Borang Pengesahan Penerimaan Pencalonan tersebut pada 5.30 petang semalam, 27 calon telah menyatakan penerimaan mereka untuk dicalonkan bagi jawatan yang dinyatakan dan satu telah menolak pencalonan beliau.

“Pada masa sama, proses saringan integriti dilakukan Unit Integriti FAM membabitka­n Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta semakan status kebankrapa­n dengan Jabatan Insolvensi Malaysia mendapati kesemua 27 calon lulus saringan itu,” menurut Jawatankua­sa Pemilihan FAM dalam kenyataan semalam.

“Selepas tarikh akhir untuk caloncalon berkenaan mengembali­kan Borang Pengesahan Penerimaan Pencalonan tersebut pada 5.30 petang semalam, 27 calon telah menyatakan penerimaan mereka untuk dicalonkan bagi jawatan yang dinyatakan dan satu telah menolak pencalonan beliau. Kenyataan Jawatankua­sa Pemilihan FAM

 ??  ?? HAMIDIN
HAMIDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia