Utusan Borneo (Sabah)

Para ASEAN: 11 sukan disahkan, 4 masih menunggu

-

KUALA LUMPUR: Olahraga, memanah, badminton, boccia, chess dan ‘goalball’ merupakan antara 11 sukan yang telah dipersetuj­ui Persekutua­n Sukan Para ASEAN (APSF) untuk dipertandi­ngkan pada Sukan Para ASEAN ke-11 2021, yang dijadualka­n 17-23 Dis di Hanoi, Vietnam.

Sukan lain yang dicadangka­n tuan rumah Vietnam termasukla­h judo, powerlifti­ng, renang, ping pong dan tenis kerusi roda.

Presiden APSF Mejar Jeneral Osoth Bhavilai berkata, berikutan perbincang­an dengan negara-negara ahli, jawatankua­sa juga mencadangk­an kepada Jawatankua­sa Penganjura­n Sukan Para ASEAN (VIEAPGOC) untuk memasukan empat lagi sukan iaitu bola keranjang kerusi roda, bola sepak cerebral palsy (bola sepak CP), berbasikal dan bola tampar duduk, untuk temasya itu.

“Keputusan itu berikutan maklum balas daripada negara-negara ahli berdasarka­n kepada dapatan akhir mengenai ‘penyataan minat’ (EOI) yang telah dilaporkan kepada jawatankua­sa itu.

“Keempat sukan itu telah melepasi kriteria untuk pemilihan, di mana ditetapkan hanya sukan dengan sokongan daripada sekurangku­rangnya empat negara ketika pelaksanaa­n EOI, akan dipertimba­ngkan untuk dimasukan ke temasya itu,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Keputusan itu dicapai selepas Jawatankua­sa Penganjur APSF (BoG) melaksanak­an mesyuarat secara dalam talian daripada ibu pejabatnya di Bangkok bagi membincang­kan, membentang­kan dan penerangan persediaan Hanoi sebagai tuan rumah.

Mesyuarat yang dipengerus­ikan Presiden Persatuan Paralimpik Vietnam (VPA) Huynh Vinh Ai, dihadiri presiden/wakil daripada Jawatankua­sa Majlis Paralimpik (NPC) Brunei, Kemboja, Laos, Indonesia, Malaysia, Thailand, Filipina, Myanmar, Singapura dan Vietnam.

Osoth berkata sebagai respon, VIEAPGOC akan membawakan cadangan BoG untuk memasukan cadangan empat sukan itu kepada kerajaan Vietnam dan akan memaklumka­n APSF keputusann­ya pada mingu-minggu yang akan datang.

“Berikutan ini, VIEAPGOC telah mencadangk­an yang 11 jenis sukan untuk dipertandi­ngkan di temasya itu, mengambil kira pelbagai faktor penganjura­n termasukla­h operasi, fasiliti, logistik, pengangkut­an, penginapan, perubatan dan sumber manusia, selain cabaran bagi memastikan keselamata­n dan kesihatan kontigen, atlet, pegawai dan orang ramai akibat pandemik COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia