Utusan Borneo (Sabah)

Pasukan TFC ujian terakhir KUFC sebelum Liga Premier bermula

-

KOTA BHARU: Pasukan Terengganu FC (TFC) menjadi ujian terakhir buat Kelantan United (KUFC) sebelum tirai saingan Liga Premier bermula 6 Mac ini.

Pengurus pasukan KUFC Nik Khuzaimi Nudin berkata perlawanan pemanas badan itu akan berlangsun­g di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu malam ini.

Beliau berkata TFC di bawah bimbingan jurulatih Mohd Nafuzi Zain adalah kelab yang sangat berminat menguji pasukan KUFC dalam tempoh persiapan pramusim sebelum kempen Liga Malaysia (Liga-M) bermula.

”Perlawanan itu adalah aksi pemanas badan terakhir kami sebelum bertolak ke Selayang untuk perlawanan pembukaan menentang Sarawak United di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang pada 6 Mac,” katanya dalam kenyataan semalam.

Nik Khuzaimi berkata sebelum ini pasukanya telah menjalani latihan bersamasam­a sebuah kelab Liga Super dan ia memberi nilai tambah yang baik daripada segi persiapan pasukan.

“Keputusan perlawanan malam esok tidak penting, namun apa yang penting bagaimana ketua jurulatih, Akira Higashiyam­a dan pembantuny­a berupaya membentuk kombinasi pemain serta taktikal dalam tempoh masa semakin singkat.

“Pihak pengurusan berharap perlawanan persahabat­an yang diatur ini dapat memberi pengalaman serta persediaan kepada pasukan dan barisan kejurulati­han untuk menyiapkan skuad terbaik pada saingan Liga Premier nanti,” katanya.

Pada musim ini, KUFC melakukan rombakan besar-besaran dengan mendapat sentuhan jurulatih Jepun, Akira Higashiyam­a dan diperkuat dengan kehadiran pemain import Gassama Alfusainey, Yuki Tanigawa, Shuhei Fukai dan bekas tonggak skuad Piala Asia Jepun 2004 berusia 41 tahun, Masashi Motoyama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia