Utusan Borneo (Sabah)

Kluster Buloh diisytihar di Daerah Selangau, libatkan tiga rumah panjang

-

KUCHING: Kluster Buloh diisytihar di Daerah Selangau, Sibu semalam melibatkan tiga rumah panjang di kawasan Sungai Buloh di daerah itu.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata kes indeks kepada klusterkom­unitiinime­rupakan wanita tempatan berumur 22 tahun yang dikesan melalui saringan bergejala pada 21 Februari 2021.

“Kes ini telah mengalami tanda dan gejala sejak 17 Februari 2021. Perebakan jangkitan telah berlaku melalui pergaulanr­apatdalamk­alangan penduduk di rumah panjang terlibat.

“Hasil pengesanan dan saringan ke atas kontak rapat kes ini, terdapat penambahan seramai27k­esbaharudi­kesan,” katanya.

TambahJPBN­S,sejumlah68 individu telah disaring di mana 28 kes dikesan positif termasuk kes indeks, 36 individu negatif danempatin­dividumasi­hmenunggu keputusan.

Kesemua 28 kes positif dimasukkan ke Hospital Sibu dan PKRC di Sibu bagi tujuan pengasinga­n dan rawatan lanjut.

Dengan penambahan satu kluster baharu ini, terdapat 27 kluster aktif di negeri iaitu Kluster Jalan Ho Pin, Samarahan; Kluster Jalan Muhibbah, Betong; Kluster Emperoh Jambu, Kuching; Kluster SungaiBako­ng,Meradong;Kluster Jalan Green, Kuching; Kluster Kejatau, Sri Aman; Kluster Jan Yong, Kapit dan Kluster Geronggang, Sibu.

Juga masih aktif Kluster Mas Merah, Sibu; Kluster Univista di Samarahan; Kluster Kampung Sungai Maong, Kuching; Kluster Gelong, Kapit; Kluster Kidurong Dua, Bintulu; Kluster Nanga Lijan, Julau; Kluster Seruas, Beluru; Kluster

Sebangkoi, Sri Aman; Kluster Jun Heng, Bintulu dan Kluster Bintang Daily, Meradong.

Lagi kluster masih aktif Kluster Jalan Pengiran, Matu; Kluster Tabong, Bau; Kluster Indah Riang, Kuching; Kluster Bedayan,Serian;KlusterRak­ut, Miri; Kluster Bukit Sekubong, Sebauh; Kluster Jelita, Miri; Kluster Pasai, Sibu dan SubKluser Tangap di Subis.

Terdapat penambahan 17 kes semalam bagi Kluster Jalan Muhibbah menjadikan jumlah keseluruha­n meningkat kepada 52 kes.

Manakala, terdapat penambahan lima kes bagi Kluster Emperoh Jambu semalam meningkat kepada 160 kes.

Kluster Sungai Bakong juga merekodkan satu penambahan kes semalam meningkat kepada 141 kes, manakala terdapat penambahan 25 kes bagi Kluster Gelong meningkat kepada 176 kes setakat ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia