Utusan Borneo (Sabah)

KGBS sokong penangguha­n pembukaan sekolah di kawasan Zon Merah: Ahmad

-

KUCHING: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) menyokong penangguha­n pembukaan sesi persekolah­an bersemuka melibatkan sekolah-sekolah dalam kawasan Zon Merah COVID-19 di negeri ini.

Presidenny­a Ahmad Malie ketika dihubungi berkata, keputusan menangguhk­an pembukaan sesi persekolah­an itu dibuat atas dasar keselamata­n para pelajar, guru dan kakitangan sekolah.

“Seperti yang pernah ditegaskan sebelum ini, KGBS sentiasa akur dengan apa jua keputusan terbaik berhubung isu pendidikan ketika negara dan negeri masih berdepan penularan COVID-19,” katanya.

Susulan penangguha­n itu, KGBS berharap ibu bapa dan penjaga pelajar sekolah di zon berkenaan turut menerima keputusan tersebut dengan tenang dan sabar.

“Kesatuan yakin para guru tetap bersedia dengan sesi pengajaran dan pembelajar­an di rumah (PdPR).

“Kesatuan juga percaya guru-guru telah dapat menemui modus operandi PdPR yang sesuai dengan lokasi masing-masing,” katanya.

Ahmad turut berharap ibu bapa dan penjaga memastikan anak-anak mereka tidak terpinggir dari segi pembelajar­an.

Justeru, beliau berharap sesi PdPR dapat terus dilaksanak­an dengan lancar demi kesinambun­gan pembelajar­an murid-murid sepanjang tempoh penangguha­n ini.

Penangguha­n sesi persekolah­an bersemuka diputuskan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) melibatkan sembilan daerah iaitu Kuching, Samarahan, Julau, Meradong, Sibu, Kapit, Bintulu, Subis dan Miri.

Penangguha­n itu berkuat kuasa selama dua minggu dari 1 hingga 14 Mac, manakala bagi sekolah di lain-lain daerah, sesi persekolah­an secara bersemuka akan dibuka seperti dijadualka­n iaitu pada 1 Mac bagi murid-murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua.

Manakala bagi murid Tahun Tiga, Empat, Lima dan Enam, mereka akan mula hadir ke sekolah pada 8 Mac.

Bagi pelajar sekolah menengah, mereka akan memulakan sesi persekolah­an secara bersemuka pada 5 April dan 4 April bagi sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia