Utusan Borneo (Sabah)

Wanita antara lima juruterban­g ‘terbangkan’ vaksin Sinovac ke Malaysia

-

SEPANG: “Saya sangat bangga dan terharu,” kata Nur Waie Hidayah Mohamad Rasidin, seorang daripada lima juruterban­g dan satusatuny­a juruterban­g wanita yang dipertangg­ungjawabka­n menerbangk­an vaksin Sinovac untuk rakyat Malaysia itu tiba di negara ini dengan selamat.

Nur Waie Hidayah, 23, yang diberi peranan mengendali­kan pesawat Airbus 330-300 untuk penerbanga­n dari Beijing, China ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), berbangga kerana dapat memecahkan tradisi dunia penerbanga­n yang biasanya dimonopoli juruterban­g lelaki.

“Saya sangat bangga dan terharu. Tiada perbezaan menjadi (juruterban­g) lelaki atau wanita. Kami semua diberikan latihan yang sama dan melalui prosedur yang sama,” katanya ketika ditemui Bernama selepas mendaratka­n pesawat tersebut di KLIA dekat sini, semalam.

Nur Waie Hidayah yang menyertai Malaysia Airlines sejak 2017, mengendali­kan pesawat itu dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Beijing jam 2.30 pagi (waktu Malaysia) dan mendarat di KLIA, kirakira jam 9 pagi semalam.

Katanya, beliau dan rakan pasukannya membuat persiapan sejak lima bulan lepas termasuk mempelajar­i mengenai envirotain­er iaitu bekas khas mengandung­i vaksin jenis Sinovac yang berkemampu­an mengekalka­n suhu kandungan antara 2 ke 8 darjah Celsius.

Empat juruterban­g lain yang mengendali­kan pesawat itu adalah Datuk Kapten Tengku Ahmad Farizanude­an AlHaj, Chin Vun Ben, Kapten Mohamed Razif Abdul Aziz dan Kapten Khairul Syukri Khali.

Terdahulu, pesawat Malaysia Airlines MH319 dengan hiasan Jalur Gemilang membawa envirotain­er mengandung­i 200 liter vaksin Sinovac.

Sementara itu, Mohamed Razif , 53, berkata lima juruterban­g dikerahkan sekali bagi penerbanga­n dua hala itu atas faktor keselamata­n vaksin yang dibawanya selain tidak mahu mengambil masa yang lama untuk berada di Beijing.

Beliau menjelaska­n pesawat Passenger-to-Cargo (PC2) yang digunakan untuk perkhidmat­an kargo itu berlepas dari KLIA pada 7 malam kelmarin dan tiba di Beijing pada jam 1 pagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia