Utusan Borneo (Sabah)

KARYA: NR RAHIM

-

BERULANG kali aku cuba mengelak dari mencarinya sampai bila-bila masa. Sebelum ini aku kerap menemuinya selepas rindu berhari-hari yang sukar dibendung. Kalau tidak bersua minggu ini, minggu depan pula aku mencarinya di lorong mati. Entah mengapa aku sudah nekad menjauhkan diri darinya? Apakah aku sudah bosan pada wanita itu yang sudah bertahun-tahun jadi teman malam?

Seolah-olah aku tidak lagi memerlukan­nya setelah menyedari dia bukan isteri mahupun kekasih. Biarlah aku tidak bertemunya buat selama-lama. Cukuplah kami berdua menghabisk­an masa sia-sia hampir lima tahun. Perhubunga­n kami berdua langsung tiada memberikan sebarang makna diharapkan. Kecuali dia teman bersosial hingga aku sendiri jadi mabuk, lupa diri.Aku harus belajar melupakann­ya terus dari ruang ingatan serta membunuh perasaan rindu padanya agar tidak tersiksa sepanjang masa.

Dapatkah aku melupakann­ya berterusan selepas seminggu tidak bertemunya?Janji yang kulafazkan hanya di mulut tetapi di hati tetap tidak merelakann­ya dan seringkali meronta-ronta menahan perasaan.Namun aku masih bertahan walaupun teringin mengunjung­inya di tempat biasa yang bukan terlalu asing buatku.

Sepanjang aku menyepikan diri tanpa sebarang khabar, bagaimana pula keadaannya ketika ini?Apakah dia masih setia duduk menunggu di lorong dengan sepasang sayap hitamnya?Barangkali dia sering tertanya mengenai kelibatku yang lama tidak kelihatan di lorong mati itu?Memang aku berandaian mengenai dirinya bersama sebuah halusinasi yang kurang jelas.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia