Utusan Borneo (Sabah)

JPSM perkenal Malim Gunung sebagai satu profesion

-

KUALA LUMPUR: Jabatan Perhutanan Semenanjun­g Malaysia (JPSM) memperkena­lkan kepakaran Malim Gunung Perhutanan (MGP) sebagai satu profesion, selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan 500 malim gunung setahun.

Pengarah Forest Eco-Park dan Hutan Taman Negeri JPSM Mohd Yussainy Md Yusop berkata, JPSM akan memberikan latihan dan kursus kepada mereka yang berkelayak­an dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Pembanguna­n Kemahiran bagi memastikan kerjaya itu mempunyai nilai tersendiri.

“Kita mahu memperkena­lkan malim gunung ini sebagai profesion yang betul dan ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan 500 malim gunung setahun melibatkan belia dan Orang Asli seperti dalam pengumuman Bajet 2021.

“Sehingga kini, JPSM menerima kira-kira 3,000 permohonan bagi penyertaan kursus itu dan permintaan ini melebihi sasaran,” katanya pada sesi bual bicara yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Kementeria­n Tenaga dan Sumber Asli, kelmarin.

Beliau berkata, semua permohonan baharu bagi latihan itu boleh dikemukaka­n secara bertulis kepada Pengarah Perhutanan negeri mengikut kawasan yang dipilih.

Mengenai prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti rekreasi di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK), Mohd Yussainy berkata JPSM sentiasa memastikan SOP yang dikeluarka­n bersesuaia­n dengan permintaan penggemar aktiviti di kawasan itu.

“Pihak kami sentiasa bekerjasam­a erat dengan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) untuk mendapatka­n nasihat dari semasa ke semasa bagi memastikan aktiviti yang dibenarkan tidak menjejaska­n usaha kerajaan memutuskan rantaian COVID-19,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia