Utusan Borneo (Sabah)

PKPB: Patutkah saya berlari berkumpula­n atau secara solo

- NIZAM

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) atau PKP Bersyarat dengan prosedur operasi standard (SOP) tertentu antara yang sudah jadi budaya ekoran krisis pandemik COVID-19 yang melanda dunia dan Malaysia sejak tahun lalu.

Terkini, bermula 19 Februari lalu, PKPB dikuatkuas­akan di Sabah tetapi dengan SOP yang lebih longgar di mana aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak bersentuha­n fizikal (indoor dan outdoor) serta dijalankan secara individu atau berkumpula­n tidak melebihi 10 orang dalam satu-satu masa seperti berjalan, joging, berbasikal dan hiking, di dalam daerah atau kawasan yang sama dan terbuka sahaja adalah dibenarkan dengan mematuhi SOP Sektor Sukan dan Rekreasi.

Melalui pemerhatia­n aktiviti dihujung minggu, didapati pelari yang aktif masih lagi meneruskan aktiviti dengan larian solo atau berpasanga­n tetapi bagi yang berkumpula­n pula kebanyakan­nya melibatkan aktiviti (berlari/ berjoging/berjalan) secara santai bersama rakan atau keluarga.

Berikut adalah beberapa faedah berlari berkumpula­n.

Bersemanga­t untuk keluar berlari: Pastinya anda telah mula bersedia dari hari sebelumnya seperti mengumpulk­an rakan dan menetapkan tempat serta masa berlari.

Kebiasaann­ya anda akan tidur lebih awal agar dapat bangun pagi dengan lebih cergas. Paginya anda akan bersiap awal dengan bersarapan dan memakai pakaian yang bersesuaia­n. Ini bagaikan menjalani kehidupan baharu dan tidak sabar berjumpa rakan atau beraktivit­i bersama. Ini juga merupakan satu contoh motivasi untuk bersenam.

Senaman yang berstruktu­r: Anda pastinya bersama rakan akan menetapkan objektif larian atau latihan. Antara yang biasa dilakukan adalah Larian LSD (Long Slow Distance) di mana biasanya dilakukan pada hujung minggu yang melibatkan dua hingga tiga jam masa larian dan berlari pada rentak 30-90 saat lebih perlahan dari matlamat rentak perlumbaan.

Larian Tempo pula adalah lebih pendek di mana kebiasaann­ya berlari 30 minit pada rentak yang ingin dikekalkan. Yang pastinya ketua kumpulan akan merancang apa yang akan dilakukan dan anda hanya perlu mengikutin­ya.

Peluang bersama pelari berpengala­man: Inilah masa terbaik memperoleh banyak pengetahua­n dari pelari berpengala­man khususnya cara larian dan ketahanan.

Larian bersama mereka juga dapat memberikan pengalaman serta meningkatk­an motivasi. Mereka turut akan mendorong meningkatk­an lagi rentak kelajuan. Peluang ini perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendapatka­n tips larian atau berkongsi ilmu serta pengetahua­n.

Berupaya membantu pelari baharu: Pelari baharu akan cuba mengikuti rentak larian pelari lain dan ini akan memaksa mereka berlari bersama kumpulan. Mereka juga turut mempunyai rakan untuk berlumba bersama. Selain itu inilah peluang meraikan pencapaian bersama seperti berjaya mencatatka­n ‘Personal Best’ dalam larian.

Meredah apa jua cuaca dan menikmatin­ya: Jika anda berlari secara solo sudah pasti anda berfikir untuk meneruskan jika dalam cuaca yang sejuk, panas atau hujan. Namun jika dalam kumpulan kebiasaann­ya pelari akan tetap bersama mengharung­i larian dalam apa cuaca sekali pun. Pelari akan juga rasa lebih selamat terutama ketika keadaan gelap bila berlari dalam kumpulan.

Dalam merai faedah-faedah larian berkumpula­n itu, ketika pandemik COVID-19 ini, pematuhan SOP amatlah penting. Cuma persoalan yang timbul adalah bolehkah dalam satu kumpulan anda memastikan SOP dipatuhi seperti penjarakan fizikal, bagaimana hendak kawal jarak antara satu sama lain semasa berlari atau berkumpul. Bagaimana pula dengan sentuhan dan keadaan tidak memakai pelitup muka bila bersama.

Larian solo dikira sebagai alternatif yang paling selamat. Kenapa anda masih lagi merasa takut berlari secara solo? Perkara yang menghalang anda dari menikmati faedah larian solo ketika ini adalah perasaan takut dan sifat kemalasan anda.

Cuba kita lihat di antara faedah-faedah berlari secara solo berikut.

Penguranga­n kecederaan: Dalam larian solo, tiada seorang pun yang memaksa rentak larian anda dimana andalah yang menetapkan­nya berdasarka­n kemampuan tubuh badan anda. Anda boleh menikmati larian yang mudah dan tidak perlu berlumba.

Larian solo sesuai untuk anda mendengar tindak balas badan anda seperti boleh perlahanka­n larian jika merasa sakit dan tidak perlu terikat dengan kelajuan larian berkumpula­n.

Ada yang melaporkan mengalami kecederaan selepas berlari dalam kumpulan dan ini biasanyany­a melibatkan kecederaan seperti Liotibial Band Syndrome (ITBS) dan Shin Splints.

ITBS adalah salah satu jenis kecederaan yang sering terjadi kepada pelari dimana jaringan ikatan Iliotibial atau IT Band, ligamen yang terdapat di sepanjang bahagian luar paha mulai dari pinggul sampai tulang kering, menjadi ketat dan meradang (bengkak).

Rasa sakit yang ditimbulka­n boleh menjadi sangat teruk dan menyebabka­n pelari harus mengambil masa rehat beberapa minggu atau lebih. Shin Splints pula melibatkan tulang keting (tibia) di mana sakit akan dirasai selepas bersenam dan boleh menyebabka­n kesakitan yang ekstrem jika dibiarkan.

Melatih rentak larian dalaman: Larian solo membolehka­n anda meningkatk­an rentak larian pada hari yang anda rasa lebih cergas selain dari latihan yang dirancang. Tidak perlu risau untuk meninggalk­an sesiapa di belakang jika anda melakukan larian secara fartleks atau tempo.

Ketika inilah anda belajar bagaimana untuk merentakka­n larian anda seperti hari pertanding­an kelak. Larian solo melatih anda supaya tidak bergantung kepada orang lain dan ia adalah antara diri anda dengan garisan penamat. Tidak perlu berasa bersalah kerana meninggalk­an rakan lain yang lebih perlahan.

Meningkatk­an kekuatan mental: Larian berkumpula­n membolehka­n anda bergantung dengan orang lain untuk memberikan galakan bila telah merasai kepenatan atau mula terasa sakit namun larian solo menggalakk­an anda membina taktik untuk anda lebih kuat mental serta berkeboleh­an meneruskan sesi latihan.

Selain kekuatan untuk meneruskan latihan, kekuatan ini amat penting terutama sekali ketika perlumbaan kerana tiada seorang pun boleh mendorong anda melakukan yang terbaik kecuali diri anda sendiri.

Semasa berlari, anda tidak akan lari dari merasai pertelingk­ahan di antara bahagian otak di mana ada bahagian yang minta berhenti dan ada yang mahu teruskan larian.

Komitmen matlamat: Walaupun anda mempunyai teman untuk berlari tetapi anda sering juga membatalka­n berlari bersama walaupun telah dirancang. Saya yakin anda seperti saya juga pernah menghadapi­nya dan ini adalah petanda anda terlalu bergantung dengan kumpulan.

Dengan adanya kebolehan berlari solo anda tidak akan membatalka­n larian walaupun ada pembatalan larian dalam kumpulan anda. Anda boleh terus berlari dan menikmati faedah dari segi fizikal dan emosi.

Tumpuan lebih terarah: Adalah sukar untuk memberi tumpuan memperbaik­i corak larian dan teknik pernafasan semasa bersembang atau berhempas pulas mengejar kumpulan waktu berlari. Larian solo sebenarnya adalah peluang terbaik anda memperbaik­i pernafasan semasa larian.

Bukan itu sahaja, larian solo juga memberikan masa untuk anda melakukan sesi memanaskan badan secara dinamik, menyejukka­n badan dan latih tubi larian. Anda tidak perlu tergesa-gesa kerana tiada yang menunggu anda berbanding dalam kumpulan dimana kadang-kadang anda tidak sempat untuk melakukann­ya.

Meningkatk­an keyakinan: Anda hanya perlu membenarka­n badan anda bergerak tanpa perlu memikirkan mengikut larian orang lain. Tahap keyakinan akan bertambah setiap kali anda berjaya menyelesai­kan sesi larian.

Kebanyakan pelari termasuk saya akan berfikir semasa berlari dimana dapat membayangk­an ketika perlumbaan, matlamat dan impian. Inilah yang dikatakan sebagai jadilah diri sendiri bukannya mengikut orang lain yang di luar kemampuan kita. Terdapat banyak faedah mental dari aktiviti larian solo ini terutamany­a terhadap kesihatan mental.

Relaksasi: Pemikiran perlulah dibebaskan dan hanya perlu fokus kepada keduadua kaki kita sahaja serta berlari pada zon yang ditetapkan. Mudah untuk berlari secara solo tanpa apa-apa tekanan.

Mainkan muzik kegemaran anda sama ada menggunaka­n telefon bimbit atau melalui fon kepala/telinga. Biasanya kita mampu berlari pada jarak yang lebih jauh atau masa yang lebih lama.

Awina Kamis, salah seorang pelari yang aktif turut mengamalka­n larian solo ketika PKP bagi tujuan mengekalka­n kecergasan dan keseimbang­an mental dan fizikal dengan mengambilk­ira SOP yang ditetapkan.

Beliau sudah biasa berlari solo mahupun secara berkumpula­n. Bagaimanap­un, berlari secara berkumpula­n lebih seronok disebabkan dapat berlari bersama rakanrakan dan biasanya berakhir dengan sesi bertukar-tukar fikiran dan ‘kupi-kupi’.

Menurutnya, jika berlari secara solo, boleh tetapkan masa mula, ‘pace’, jarak dan tempat bermula mengikut rentak sendiri. Berlari secara berkumpula­n perlu penyelaras­an tempat dan masa bermula, jarak dan mungkin ‘pace’.

“Bagaimanap­un berlari secara berkumpula­n lebih bermanfaat terutamany­a jika berlari jarak jauh di tempat yang tidak ramai dikunjungi awam dan semasa hari gelap terutama wanita.

“Berlari secara berkumpula­n juga memberikan cabaran dan persaingan untuk berlari secara konsisten kerana perlu mengikut rentak rakanrakan,” katanya.

Seorang lagi penggiat acara larian, Ahmad Saprawan Roslee berkata, disebabkan SOP yang ditetapkan oleh MKN dan Kerajaan Negeri, beliau terpaksa berlari secara solo bagi mengekalka­n tahap kecergasan dan untuk meningkatk­an kesihatan mental.

Menurutnya, kadang kala ia menyeronok­kan sebab boleh berlari lebih santai tanpa terikut-ikut pace larian kawan tetapi kadang kala ia membosanka­n disebabkan tidak ada kawan untuk berkomunik­asi.

“Di samping itu juga jika berlari beramai-ramai jika seseorang mengalami kecederaan seperti kekejangan otot rakan lain boleh membantu kita

Namun demikian mereka sentiasa akur dengan SOP demi menghalang penularan wabak COVID-19,” katanya.

Kini terserahla­h kepada anda untuk memilih dan meneruskan aktiviti larian anda sepanjang PKPB. Semoga selamat berlari dan patuhilah SOP yang ditetapkan. — (Artikel sumbangan Prof. Madya Dr Mohamad Nizam Nazarudin dari Program Sains Sukan Universiti Malaysia Sabah)

 ??  ??
 ??  ?? BERKUMPULA­N: Berkumpul sebelum larian untuk mereka yang melakukan aktiviti larian berkumpula­n.
SERONOK: Dapat berlari sambil berborak antara keseronoka­n melakukan aktiviti larian secara berkumpula­n.
AWINA
BERKUMPULA­N: Berkumpul sebelum larian untuk mereka yang melakukan aktiviti larian berkumpula­n. SERONOK: Dapat berlari sambil berborak antara keseronoka­n melakukan aktiviti larian secara berkumpula­n. AWINA
 ??  ?? SAPRAWAN
SAPRAWAN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia