Utusan Borneo (Sabah)

Covid-19: Kumpulan pertama petugas barisan hadapan Hospital Labuan divaksin

-

LABUAN: Kumpulan pertama 150 petugas barisan hadapan Hospital Labuan menerima dos pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech bermula semalam.

Program vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan itu dimulakan dengan Pengarah hospital itu Dr Adnan Musa Balidran menerima suntikan berkenaan di pekarangan hospital disaksikan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari.

“Ini adalah objektif kami untuk memastikan petugas barisan hadapan kesihatan di kawasan kritikal di hospital ini, bebas COVID-19 dan ini juga untuk kepentinga­n orang awam dan pesakit kami,” kata Dr Ismuni kepada Bernama di Pusat Pemberian Vaksin Hospital Labuan di sini semalam.

Baki 450 petugas barisan hadapan di Hospital Labuan akan disuntik secara berperingk­at bermula hari ini (Isnin).

Sementara itu, beberapa anggota pelbagai pangkat daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen turut kelihatan berada di Pusat Pemberian Vaksin di Klinik Kesihatan Membedai semalam.

Kumpulan pertama 4,680 dos vaksin COVID-19 untuk Labuan selamat tiba di Terminal Feri Ro-Ro Labuan pada Jumaat dan fasa pertama membabitka­n sejumlah 2,340 petugas barisan hadapan kesihatan dan bukan kesihatan, pemimpin tempatan dan wakil media yang bertugas di Labuan.

 ?? — Gambar Bernama ?? DOS PERTAMA: Dr Adnan Musa menerima dos pertama Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech di Pusat Pemberian Vaksin Hospital Labuan.
— Gambar Bernama DOS PERTAMA: Dr Adnan Musa menerima dos pertama Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech di Pusat Pemberian Vaksin Hospital Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia