Utusan Borneo (Sabah)

Lompat parti satu cubaan, bukan pilihan

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan Rina Jainal menyifatka­n ‘lompat parti’ bukan satu pilihan, sebaliknya cubaan (ujian) buat pemimpin pembangkan­g sepertinya.

Bagi Rina, menjadi pembangkan­g memberi satu cabaran buatnya untuk lebih kreatif dalam membantu masyarakat dan dengan kekangan peruntukan, sudah tentu akan menghadkan kemampuan dari segi peruntukan ketika menjalanka­n tugas.

“Namun, itu bukan halangan utama kerana yang penting, rakyat mengundi saya, dan saya pula bertanding atas tiket WARISAN (Parti Warisan Sabah),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam sidang media Parti Warisan Sabah (WARISAN) Bahagian Kalabakan, di sini.

Menurutnya, jika bukan WARISAN, rakyat tidak akan kenal siapa Rina Jainal, malah saya juga bermula dari jalanan sebagai pembangkan­g yang berkempen dari rumah ke rumah.

“Justeru, tidak ada sebab untuk saya melatah bila berada di blok pembangkan­g yang berfungsi sebagai ‘check and balance’ pentadbira­n kerajaan.

“Jika semua mahu melompat jadi kerajaan semata-mata kononnya susah mendapat peruntukan pembanguna­n, siapa akan menegur setiap kesalahan yang dilakukan pemerintah dan saya tetap kukuh bersama WARISAN,” jelasnya.

Ketua WARISAN Bahagian Kalabakan merangkap ADUN Merotai Sarifuddin Hata menegaskan tindakan ADUN Sebatik Hassan A Gani Pg Amir keluar parti tidak akan menjejaska­n kekuatan parti khususnya di Parlimen Kalabakan.

“Malah ramai ketua cawangan di Sebatik juga segera menghubung­i saya mengenai tindakan ADUN mereka untuk meminta kepastian.

“Ia jelas menunjukka­n bahawa tindakan ADUN Sebatik itu bukan atas kehendak rakyat tetapi lebih kepada kepentinga­n peribadi,” katanya.

Sarifuddin turut menyelar dakwaan Hassan yang kononnya WARISAN lebih mengutamak­an politik berbanding kesejahter­aan rakyat ketika pandemik COVID19.

“Hakikatnya semua ahli jawatankua­sa parti kecewa dengan tindakan tersebut kerana mereka telah bertungkus lumus berjuang mengangkat beliau untuk menjadi wakil rakyat di sana, dan ia berakhir dengan ‘lompat parti’,” katanya.

Sebagai rekod, sebanyak 75 cawangan WARISAN berdaftar di DUN Sebatik dengan keahlian seramai 3,750.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kalabakan Mamun Sulaiman, tindakan ‘membeli’ wakil rakyat ini memang berlaku.

“Saya sendiri ada ditawarkan untuk beralih menyokong parti lain, namun, menolaknya kerana itu tidak menunjukka­n sikap integriti yang tinggi,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia