Utusan Borneo (Sabah)

Empat Pengerusi JKDB DUN Bingkor terima watikah pelantikan

- Oleh Henry Bating

KENINGAU: Jawatankua­sa Kemasyarak­atan Dalam Bandar (JKDB) merupakan nadi pembanguna­n masyarakat di kawasan Bandar dan pekan untuk menggerak, menyelaras serta menjadi perantara dengan kerajaan.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik berkata, matlamat penubuhan JKDB adalah untuk mentadbir dan mengurus masyarakat di bawah jagaan agar lebih tersusun dan teratur menerima pembanguna­n dari kerajaan.

“JKDB dapat memastikan pembanguna­n kerajaan dapat digerakkan dengan lebih baik dan tepat pada sasaran sesuai dengan aspirasi kerajaan,” katanya.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata demikian ketika majlis penyampaia­n watikah pelantikan Pengerusi-Pengerusi JKDB Majlis Daerah Keningau 2021- 2022 di Dewan Majlis Daerah di sini.

Menurutnya, semua pihak perlu sedar bahawa peranan dan tanggungja­wab JKDB amat penting bagi menentukan kelancaran perancanga­n dan pembanguna­n kerajaan di setiap kampung dan pekan.

Beliau berharap tanggungja­wab berkenaan dapat didepani dengan penuh tekad untuk terus membela nasib rakyat keseluruha­n.

Robert seterusnya mengingatk­an kalangan yang dilantik agar sentiasa menunaikan tanggungja­wab untuk meningkatk­an integriti di samping menimba ilmu pengetahua­n agar tidak ketinggala­n dengan pengurusan arus perdana.

Menyentuh tentang penggunaan media sosial dalam penyebaran isu setempat, Robert menasihati pemimpin dan masyarakat agar menghindar elemenelem­en yang boleh melahirkan emosi tidak senang hati dengan usaha yang masih dalam perancanga­n kerajaan.

“Lebih menyedihka­n apabila gambaran yang diberikan tidak dilandasi fakta yang benar sekadar mengeliruk­an penduduk,” katanya.

Dalam menangani isu akibat persepsi tidak tepat, Robert meminta pemimpin akar umbi memberikan maklumat kemas kini untuk mengelak perdebatan yang tidak membawa kebaikan.

Sambil mengucapka­n tahniah kepada yang dilantik, Robert melahirkan keyakinan semua yang terlibat memiliki pengetahua­n dan pengalaman untuk membantu jentera kerajaan di kawasan masing-masing.

Pada majlis itu seramai empat Pengerusi JKDB dalam kawasan DUN Bingkor menerima watikah pelantikan yang terdiri dari Kenneth Lo Yin Kong (Pekan Keningau), Jainus Rayner Lian Ginanda (Pekan Bingkor), Paul Sitampat (Pekan ApinApin) dan Marcus Oswald Lidadun (Tuarid Taud Atas).

Turut hadir Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Mohd Fawzi Abdul Kadir, Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Raffie Datuk Robert yang mewakili Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Majlis Daerah Keningau, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Bingkor Junior Fred Vincent Marukau, Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Bingkor Tinus Majip dan ahli-ahli Majlis Daerah Keningau.

 ??  ?? WATIKAH: Robert (tiga kiri) menyampaik­an watikah pelantikan kepada Jainus.
WATIKAH: Robert (tiga kiri) menyampaik­an watikah pelantikan kepada Jainus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia