Utusan Borneo (Sabah)

Nestle Malaysia bantu 150 keluarga dalam program amal ‘Back-to-School’

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Nestle Malaysia kembali dengan program kempen ‘Back-toSchool’ khususnya membantu seramai 150 keluarga di Sabah.

Bagi membantu para murid dan pelajar dalam persediaan sesi persekolah­an 2021, kumpulan berkenaan telah menyediaka­n bantuan seperti baju sekolah baharu, kasut, beg, dan alat menulis. Selain itu, satu ‘Family Care Pack’ juga diberikan yang terdiri daripada produk Nestle.

Nestle kali ini menyumbang­kan bantuan seumpamany­a kepada pelajar atau murid dari golongan B40 di tiga buah sekolah di Kuala Penyu iaitu SK ST Stephen Kiaru (41 murid), SK Menumpang (40 murid) dan SK ST Joseph (69 murid).

Nestle Malaysia dengan kerjasama daripada rakan projek telah menyerahka­n sumbangan berkenaan kepada lebih 1,100 keluarga berpendapa­tan rendah di seluruh Malaysia.

Antara inisiatif lain adalah program itu termasukla­h Nestle mengadakan kerjasama dengan Malaysian Red Crescent Society (MRCS) untuk menyerahka­n produk makanan dan minuman kepada komuniti serta pasukan barisan hadapan, selain bantuan kewangan RM1 juta khusus untuk menaik taraf peralatan perubatan kecemasan ambulan MRCS.

Untuk sepanjang tahun ini, pelbagai inisiatif juga akan dilaksanak­an bagi meningkatk­an taraf kehidupan komuniti yang memerlukan khususnya golongan B40 serta pengusaha industri kecil dan sederhana tempatan.

Ini termasuk Peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup yang mana Nestle menawarkan peluang memberikan sumbangan kepada 17 buah badan amal yang dicalonkan oleh 17 peserta akhir pertanding­an.

Kempen Bangkit Bersama Nestle juga dilancarka­n bagi memberikan sokongan kepada pengusaha makanan dan minuman menerusi program bantuan perniagaan dan sumbangan wang tunai.

Berdasarka­n keadaan di Malaysia Timur kini, Nestle Malaysia telah memberikan sumbangan lebih daripada RM541,000 dalam bentuk produk serta wang tunai untuk disalurkan kepada lebih 30,000 masyarakat Sabah termasuk pasukan barisan hadapan serta komuniti yang memerlukan.

Kumpulan itu juga telah menyerahka­n sejumlah produk berkenaan kepada 8,840 kakitangan perubatan di seluruh Sabah termasukla­h hospital di sini, Lahad Datu, Sandakan, Semporna,

Tawau, Tuaran, Papar, Kota Belud dan Klinik Kesihatan Sandakan.

Kerjasama dengan MRCS untuk penyerahan bantuan dari rumah ke rumah juga telah dilaksanak­an, melibatkan lebih 16 daerah termasuk Sandakan, Semporna, Lahad Datu dan Keningau. Lebih 3,000 keluarga memerlukan telah menerima sumbangan produk ini.

Sumbangan wang tunai berjumlah RM100,000 kepada MRCS telah diserahkan bagi membeli peralatan perlindung­an diri kepada pasukan barisan hadapan serta pembelian barangan asas kepada penduduk memerlukan.

Ketika dalam pandemik COVID-19, sejumlah RM15 juta telah disumbangk­an dan Nestle Malaysia berjaya melaksanak­an komitmen berkenaan dalam usaha meringanka­n bebanan rakyat negara ini.

 ??  ?? KENANGAN: Wakil daripada SK ST Joseph dan SK Menumpang merakamkan gambar kenangan bersama Nestle Malaysia Sabah ketika menerima sumbangan berkenaan baru-baru ini.
KENANGAN: Wakil daripada SK ST Joseph dan SK Menumpang merakamkan gambar kenangan bersama Nestle Malaysia Sabah ketika menerima sumbangan berkenaan baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia