Utusan Borneo (Sabah)

COVID-19: Daerah Julau dan Subis bertukar kepada status Jingga

-

KUCHING: Daerah Julau dan Subis bertukar kepada status Jingga semalam setelah masing-masing merekodkan 40 dan 25 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lalu.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS)berkata,daerahPaka­n pula telah bertukar kepada status Hijau setelah tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari lepas.

“Daerah Kanowit, Betong, Meradong, Kuching, Samarahan, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu kekal berstatus Merah dengan sejumlah 2,580 kes jangkitan tempatan dilaporkan di sembilan daerah ini dalam tempoh 14 hari lepas.

“Sementara daerah Selangau,

Bau, Bukit Mabong, Dalat dan Sri Aman kekal berstatus Jingga dengan jumlah keseluruha­n 157 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari lalu,” katanya dalam kenyataan semalam.

Bagi 11 daerah iaitu Pusa, Song, Asajaya, Beluru, Sarikei, Lundu, Saratok, Sebauh, Tatau, Serian dan Belaga kata JPBNS, ia kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruha­n 86 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari lepas.

“Manakala 13 daerah lain di negeri ini kekal berstatus Hijau,” katanya.

Dalam pada itu, JPBNS memaklumka­n bahawa sebanyak 27 kluster masih aktif di negeri ini.

Kluster yang masih aktif itu ialah Kluster Buloh, Selangau; Kluster Jalan Ho Pin, Samarahan; Kluster Jalan Muhibbah, Betong; Kluster Emperoh Jambu, Kuching; Kluster Sungai Bakong, Meradong; Kluster Jalan Green, Kuching; Kluster Kejatau, Sri Aman; Kluster Jan Yong, Kapit dan Kluster Geronggang, Sibu.

Juga masih aktif Kluster Mas Merah, Sibu; Kluster Univista, Samarahan; Kluster Kampung Sungai Maong, Kuching; Kluster Gelong, Kapit; Kluster Kidurong Dua, Bintulu; Kluster Nanga Lijan, Julau; Kluster Seruas, Beluru; Kluster Sebangkoi, Sri Aman; Kluster Jun Heng, Bintulu dan Kluster Bintang Daily, Meradong.

Lagi kluster masih aktif ialah Kluster Jalan Pengiran, Matu; Kluster Tabong, Bau; Kluster Indah Riang, Kuching; Kluster Bedayan, Serian; Kluster Rakut, Miri; Kluster Bukit Sekubong, Sebauh; Kluster Jelita, Miri; Kluster Pasai, Sibu dan Sub-Kluser Tangap di Subis.

Berkenaan notis kompaun pula, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluark­an sebanyak 50 kompaun iaitu 31 di daerah Kuching, Miri (11), Padawan (4), Kapit (2) dan Limbang (2) kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Manakala Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak telah mengeluark­an tiga kompaun di bawah PBT seliaannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia