Utusan Borneo (Sabah)

Sokongan dua Ahli Parlimen kepada PN beri kestabilan perkukuh ekonomi

-

PUTRAJAYA: Sokongan yang dizahirkan dua Ahli Parlimen pembangkan­g daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan memberi kestabilan kepada kerajaan dalam menyusun semula serta memperkuku­hkan ekonomi, bagi negara mendepani pandemik COVID-19, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

“Pada saya penting, sebab kestabilan politik adalah perkara yang paling mustahak dalam suasana negara masih berhadapan COVID19 dan kita nak menyusun semula dan memperkuku­hkan ekonomi, perkara paling mustahak adalah stabiliti,” katanya yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota, Pahang.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam hantaran di akaun Facebook rasminya semalam memaklumka­n, Ahli Parlimen Julau Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong Shiau Yoon menyerahka­n akuan bersumpah (SD) yang ditandatan­gani mereka kepadanya untuk menyatakan sokongan kepada kerajaan PN selepas sesi pemukiman ahli Kabinet di Putrajaya.

Saifuddin yang ditemui BERNAMA di sini semalam selepas meninjau persiapan

Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin yang akan berlangsun­g hari ini sempena setahun Muhyiddin menerajui kepimpinan negara berkata, sokongan dua Ahli Parlimen itu adalah tepat pada masanya dan sangat dialukan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia