Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa setuju sesi persekolah­an ditangguhk­an

Sesi persekolah­an yang sepatutnya bermula hari ini ditangguh selama 14 hari lagi di sembilan daerah di Sarawak

- Oleh Henrietta Liza CHARLENE

KUCHING: Rata-rata ibu bapa bersetuju anak mereka tidak perlu mengikuti sesi persekolah­an yang sepatutnya bermula hari ini (1 Mac) sebaliknya ditangguhk­an selama 14 hari lagi di sembilan daerah di Sarawak.

Margaret Martin, 37, ketika dihubungi Utusan Borneo kelmarin berkata walaupun dia bersetuju dengan pengumuman berkenaan namun anaknya sudah kembali ke bangku sekolah sejak awal tahun ini.

“Anak saya bersekolah di sebuah sekolah swasta di sini yang turut menggunaka­n silibus Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM).

“Tetapi sesi persekolah­an bermula disebabkan desakan daripada ibu bapa yang berkerjaya di dalam bandar. Sekolah juga memastikan para pelajar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat memberi kelegaan kepada ibu bapa.

“Namun begitu, secara peribadi saya memang tidak bersetuju kerana kes COVID-19 kian meningkat saban hari.

“Ramai pelajar tiada pilihan melainkan belajar secara bersemuka kerana ramai ibu bapa yang bekerja tidak mempunyai masa untuk mengajar anak mereka menggunaka­n aplikasi Google Classroom,” tambahnya.

Sementara itu, Charlene Johnny, 37, juga amat bersetuju dengan cara dan langkah yang diambil kerajaan untuk membendung COVID-19 menjangkit­i muridmurid di sekolah.

Katanya, gelombang ketiga COVID-19 menyebabka­n ketakutan dalam kalangan semua orang dan ramai pula yang berasa tertekan dan ada baiknya untuk anak-anak mengelak daripada dijangkiti wabak berkenaan.

“Kanak-kanak bukan tidak mengetahui tentang COVID19 atau SOP sedangkan kita golongan dewasa kadangkala juga lupa akan SOP dan jangkitan wabak ini.

“Inikan kanak-kanak apabila mereka berjumpa kawan akan berpegang tangan dan berpelukan sebagaiman­a kita orang dewasa juga lupa akan norma baharu dan SOP,” tambahnya.

Pada masa yang sama, Adriana Anne, 35, berkata, beliau tidak merasakan anak perempuann­ya yang kini sedang menuntut di tahun dua akan ketinggala­n.

Katanya, beliau sangat berpuas hati dengan pembelajar­an yang diberikan menerusi Google Meet di mana guru dan pelajar berinterak­si dua hala secara dalam talian.

“Anak saya tidak ketinggala­n sebaliknya merasakan belajar dalam talian adalah cara yang paling selamat, lagipun saya juga menghantar anak untuk mengambil kelas tuisyen mata pelajaran yang dia lemah,” ujarnya.

Jumaat lalu, jurucakap Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) telah mengumumka­n sesi persekolah­an yang sepatutnya bermula 1 Mac ini ditangguhk­an selama 14 hari lagi di sembilan daerah di Sarawak.

Ia berikutan kes jangkitan COVID-19 yang masih tinggi di sembilan daerah terbabit iaitu Kuching, Samarahan, Julau, Meradong, Sibu, Kapit, Bintulu, Subis dan Miri.

JPBNS menambah, penangguha­n itu dilakukan atas nasihat Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) dan selepas perbincang­an dengan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM).

“Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira kapasiti sistem kesihatan di kawasan terbabit,” katanya dalam kenyataan, malam kelmarin.

JPBNS juga menambah bahawa pihaknya sudah mewujudkan satu jawatankua­sa di bawah Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Sarawak (MESTR) bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak bagi memastikan sesi persekolah­an di seluruh negeri dapat berjalan dengan lancar dan selamat.

Anak saya bersekolah di sebuah sekolah swasta di sini yang turut menggunaka­n silibus Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM). Margaret Martin

 ??  ?? MARGARET
MARGARET
 ??  ?? ADRIANA
ADRIANA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia