Utusan Borneo (Sabah)

Kayu lama dan buruk ‘nadi’ rezeki buat pengusaha perabot eksklusif

-

PASIR MAS: Kayu terbuang malah yang hanyut di sungai, bukanlah bahan yang menjadi pilihan utama kepada kebanyakan tukang perabot mahupun pengukir arca untuk menghasilk­an produk berkualiti serta menjualnya di pasaran.

Namun, berbeza bagi seorang pengusaha perabot eksklusif, Mohd Zalizi Mustapha, 55, atau mesra dipanggil Abe G, yang mempunyai perspektif lain terhadap nilai estetika kayu lama dan buruk itu sehingga mendorongn­ya untuk menjana sumber pendapatan melalui pembuatan perabot dan arca daripada bahan tersebut.

“Kayu terbuang itu adalah kayu buruk yang masih ada teras, manakala kayu hanyut itu adalah kayu hakisan sungai. Kedua-dua jenis kayu ini sebenarnya mempunyai keunikan tersendiri bagi saya.

“Apabila saya melihat setiap jenis kayu hanyut dan terbuang ini, saya akan mendapat ilham baharu untuk membuat arca serta menghasilk­an perabot seperti meja dan kerusi dengan ukiran seni yang eksklusif,” katanya kepada Bernama, di kedainya di G Landskap di sini, baru-baru ini.

Mula menceburi bidang itu sejak empat tahun lepas, Mohd Zalizi meluahkan beliau tidak menyangka minatnya dalam menghasilk­an perabot dan arca daripada kayu terbuang serta hanyut itu mendapat perhatian orang ramai terutamany­a mereka yang menggemari produk menggunaka­n bahan lama atau kitar semula.

“Secara purata, dalam satu hari saya perlu siapkan dua tempahan khas daripada pelanggan yang mengingink­an reka bentuk dan corak eksklusif pada perabot atau arca bagi perhiasan rumah mereka malah ada juga saya terima tempahan untuk membuat barang perhiasan untuk akuarium ikan,” katanya.

Ujarnya lagi, perabot yang menggunaka­n elemen kayu terbuang seperti tembesu, kemuning hitam dan cengal merupakan pilihan utama golongan elit kerana setiap jenis kayu itu mempunyai kecantikan tersendiri manakala arca yang diperbuat daripada tembesu pula menjadi produk paling laris di kedainya.

“Permintaan terhadap perabot seperti meja makan yang ditempah khas, kebiasaann­ya dijual pada harga RM1,700 sahaja satu set, manakala bagi arca pula dijual antara RM35 hingga RM500 iaitu arca rak yang diletakkan piring,” katanya sambil memberitah­u kebanyakan kayu terbuang dan hanyut yang diperolehn­ya dibeli daripada penduduk sekitar.

“Malah, ada juga sebilangan stok kayu terbuang dan kayu hanyut yang saya kumpul sendiri dengan mencarinya di hutan berdekatan, sekiranya saya ada kelapangan untuk mencarinya,” katanya yang pernah bekerja dalam bidang landskap selama lebih 10 tahun.

Bercerita lanjut, beliau berkata bagi mendapatka­n hasil kualiti sama seperti kayu baharu, kayu terbuang dan hanyut itu terlebih dahulu akan digosok untuk membina ‘air kayu’ atau ira kayu iaitu keunikan kayu yang terbentuk daripada hakisan membentuk jalur dan beralun, tujuan ia digosok untuk mengelak kerosakan menggunaka­n kaedah memberus secara menegak.

“Kemudian reka bentuk dicipta dan kayu itu juga dibersihka­n menggunaka­n semburan air tekanan tinggi (water jet) dan dijemur sehingga kering, seterusnya dicanai dan dibentuk menjadi sesuatu produk sama ada perabot, arca dan sebagainya. Namun, kebanyakan pelanggan lebih gemar kepada bentuk air kayu semula jadi dan jarang ada yang ingin perabot dan arca yang dibeli itu disapu varnis untuk kelihatan baharu.

“Ini kerana walaupun hasil daripada kayu ini kelihatan buruk pada pandangan biasa, tetapi ia sangat berharga bagi mereka yang tahu menilai seni kerana setiap bentuk mempunyai maksud tersendiri mengikut ketelitian mata masing-masing,” katanya.

Sejujurnya, beliau bersyukur kerana dikurniaka­n anugerah dan ilham mencipta kesenian daripada sumber semula jadi kayu digarap menjadi bentuk yang digemari peminatnya.

“Saya berusaha memenuhi kehendak pelanggan dengan menyegerak­an tempahan kerana saya tahu mereka tidak sabar untuk melihat hasil siap dan merasai kepuasan daripada minat atau hobi mereka menggunaka­n sumber kayu-kayan.

“Kebanyakan pelanggan juga adalah mereka yang bakal menduduki rumah baharu dengan menjadikan sentuhan kayu asli sebagai elemen tradisiona­l dicampur dengan tatahias minimalis untuk kediaman mereka,” katanya.

Beliau berkata, apa yang menggembir­akan beliau ialah apabila pelanggan berpuas hati dan ceria melihat hasil akhir sesuatu produk, Mohd Zalizi akui usaha itu turut memberikan kegembiraa­n kepadanya juga sebagai tukang kayu. — Bernama

 ??  ?? PERIKSA: Mohd Zalizi memeriksa kayu terbuang yang dibeli daripada penduduk untuk dijadikan arca ketika ditemui Bernama di G Landskap di Jalan Pasir Mas- Rantau Panjang, baru-baru ini. Berpengala­man lebih 10 tahun dan mahir dalam bidang landskap dan industri perkayuan mengakui arca kayu dan perabot kayu terbuang mempunyai corak (air kayu) semula jadi yang menjadi tarikan kepada pelanggan yang meminatiny­a. — Gambar Bernama
PERIKSA: Mohd Zalizi memeriksa kayu terbuang yang dibeli daripada penduduk untuk dijadikan arca ketika ditemui Bernama di G Landskap di Jalan Pasir Mas- Rantau Panjang, baru-baru ini. Berpengala­man lebih 10 tahun dan mahir dalam bidang landskap dan industri perkayuan mengakui arca kayu dan perabot kayu terbuang mempunyai corak (air kayu) semula jadi yang menjadi tarikan kepada pelanggan yang meminatiny­a. — Gambar Bernama
 ??  ?? SIAPKAN TEMPAHAN: Pekerja Perabot Eksklusif, Mohd Hafizi Iskandar, 28, sedang menyiapkan salah satu meja kayu yang ditempah pelanggan ketika ditemui Bernama di G Landskap di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, baru-baru ini. — Gambar Bernama
SIAPKAN TEMPAHAN: Pekerja Perabot Eksklusif, Mohd Hafizi Iskandar, 28, sedang menyiapkan salah satu meja kayu yang ditempah pelanggan ketika ditemui Bernama di G Landskap di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, baru-baru ini. — Gambar Bernama
 ??  ?? MEJA KAYU: Mohd Zalizi atau mesra dipanggil Abe G, membersihk­an sebahagian set meja kayu yang dihasilkan daripada kayu terbuang ketika ditemui Bernama di G Landskap di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, baru-baru ini. — Gambar Bernama
MEJA KAYU: Mohd Zalizi atau mesra dipanggil Abe G, membersihk­an sebahagian set meja kayu yang dihasilkan daripada kayu terbuang ketika ditemui Bernama di G Landskap di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, baru-baru ini. — Gambar Bernama
 ??  ?? PRODUK: Arca yang diperbuat daripada kayu terbuang adalah antara produk yang dihasilkan oleh Mohd Zalizi, di G Landskap di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang. — Gambar Bernama
PRODUK: Arca yang diperbuat daripada kayu terbuang adalah antara produk yang dihasilkan oleh Mohd Zalizi, di G Landskap di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia