Utusan Borneo (Sabah)

Pembunuhan tiga gadis cetus protes femisid di Venezuela

-

ACARIGUA: Lebih 300 penunjuk perasaan berkumpul di wilayah pertanian Portuguesa di Venezuela kelmarin susulan pembunuhan tiga gadis pada minggu lepas, dalam bantahan menentang femisid iaitu pembunuhan wanita dan kanak-kanak perempuan.

Sambil melaungkan ‘Keadilan’ dan memegang belon bertulisan ‘Tiada lagi’, para penunjuk perasaan berarak secara aman di bandar utara Acarigua di mana pemandu membunyika­n hon sebagai sokongan ketika orang ramai turut berkumpul di bandar utama Caracas.

“kami berasa takut,” Ariadna Gonzalez, 22, seorang pelajar psikologi memberitah­u AFP, sambil memegang papan tanda dengan mesej: ‘Hidup tidak sepatutnya menjadi satu pencapaian’.

Kejadian pembunuhan bermula seminggu lepas dengan pembunuhan Eliannys Martinez, 17, yang pergi ke sebuah gereja evangelika­l di pekan Turen, kira-kira 30 kilometer dari Acarigua.

Di pekan yang sama, Eduarlis Falcon, 20, dibunuh selepas meninggalk­an rumahnya pada Isnin untuk pergi ke gim.

Kedua-dua wanita mempunyai kesan akibat keganasan seksual, menurut laporan media tempatan.

Seorang lagi wanita, Carmine Sosa, 33, mati dibelasah bekas pasanganny­a di wilayah

Portugis itu.

Menjanjika­n hukuman maksimum, Peguam Negeri Tarek William Saab mengumumka­n siasatan mengenai pembunuhan Martinez dan Falcon.

Pejabatnya menyatakan ia menyedari tentang 610 kes melibatkan pembunuhan wanita yang telah berlaku sejak 2017, hanya separuh daripadany­a telah diselesaik­an.

Daniela Duran, pelajar seni persembaha­n yang bercakap ketika bantahan itu, menyatakan bahawa kaum wanita juga ingin untuk mempunyai hak yang sama dengan kaum lelaki, contohnya, boleh pergi ke gim pada jam 6 pagi, berjalan pulang ke rumah sendirian selepas sembahyang misa Ahad atau pulang ke rumah apabila hari sudah gelap.

Wanita berusia 23 tahun itu yang menyatakan beliau telah mengalami gangguan di jalanan, menyatakan kejadian sebegitu adalah sebahagian daripada kehidupan harian.

“Tidak perlu untuk memakai pakaian yang singkat, anda boleh keluar dengan berpakaian penuh bertutup dengan rambut disanggul tinggi dan orang lelaki yang menaiki kereta akan memperlaha­nkan kereta dan berhenti.”

Monitor de Femicidios, inisiatif bebas oleh platform komunikasi Utopix, menganggar­kan 256 kes femisid pada tahun lepas, berbanding 167 pada 2019.

Venezuela telah mengalami kesan akibat kadar tinggi kematian kejam berbanding negara lain di wilayah ini.

Hampir 12,000 kematian kejam berlaku pada 2020, menurut kepada badan NGO Observator­io Venezolano de Violencia.

Kadar tersebut, yang bersamaan dengan 45.6 kematian bagi setiap 100,000 penduduk, adalah tujuh kali ganda berbanding purata dunia. — AFP

 ??  ?? MENYAYAT HATI: Gadis membawa poster dan gambar Falcon ketika menghadiri acara keagamaan di La Mision, negeri Portuguesa kelmarin.
MENYAYAT HATI: Gadis membawa poster dan gambar Falcon ketika menghadiri acara keagamaan di La Mision, negeri Portuguesa kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia