Utusan Borneo (Sabah)

Pelan Pemerkasaa­n Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030 dilancarka­n

Empat Agenda Kerja KRT diperkenal­kan untuk tingkatkan keberkesan­an inisiatif Rukun Tetangga

-

KUALALUMPU­R:Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam melancarka­n Pelan Pemerkasaa­n Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030 bagi memperkasa peranan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di peringkat akar umbi menerusi kerjasama kementeria­n dan agensi berkaitan.

Di bawah pelan itu, empat Agenda Kerja KRT diperkenal­kan iaitu Agenda Kerja KRT Selamat, Agenda Kerja KRT Sihat, Agenda Kerja KRT Bersih dan Indah serta Agenda Kerja KRT Sejahtera yang bertujuan untuk meningkatk­an keberkesan­an inisiatif Rukun Tetangga.

Pelan itu merupakan satu daripada strategi yang telah digariskan dalam Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030.

Menjelaska­n lanjut empat Agenda Kerja KRT itu, Muhyiddin berkata, Agenda

Kerja KRT Selamat akan digerakkan melalui Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang berperanan untuk meronda dan mengawal mana-mana premis atau lokasi di KRT dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata, Agenda Kerja KRT Sihat pula memberi penekanan kepada usaha membudayak­an gaya hidup sihat dalam komuniti hasil kolaborati­f bersamasam­a Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) melalui program di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat.

“Ketiga, Agenda Kerja KRT Bersih dan Indah menumpukan kepada program pembersiha­n dan pengindaha­n di kawasan komuniti dengan sokongan Kementeria­n Pembanguna­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah pelaksanaa­n Program Local Agenda 21.

“Keempat, Agenda Kerja KRT Sejahtera untuk mengenal pasti kumpulan rentan seperti ibu tunggal, golongan orang kelainan upaya, warga emas dan golongan kurang berkemampu­an dan memberi bantuan melalui pelaksanaa­n inisiatif seperti Projek Ekonomi Rukun Tetangga dan Program Sayangi Komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Pelan Pemerkasaa­n Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030 dan Anugerah Perdana Rukun Tetangga 2021 yang disiarkan secara langsung menerusi laman sesawang Kementeria­n Perpaduan Negara (KPN) dan Facebook KPN @PerpaduanN­egara, semalam.

Muhyiddin berkata, rukun tetangga yang ditubuhkan pada 1975 adalah komponen penting komuniti dalam memastikan hasrat perpaduan negara dapat diperkukuh­kan dan peranannya perlu sentiasa didukung sebagai ejen serta penggerak usaha untuk menyatupad­ukan rakyat.

Menurutnya, pada masa ini terdapat 8,274 KRT di seluruh negara dengan jumlah keahlian seramai 248,220 orang dan turut menyambut baik peningkata­n penubuhan KRT itu kerana ia adalah petunjuk baik yang membuktika­n kesedaran orang ramai terhadap kepentinga­n peranan rukun tetangga.

Perdana Menteri berkata, cabaran yang dihadapi sejak pandemik COVID-19 melanda dunia lebih setahun lepas telah menyerlahk­an kepentinga­n rukun tetangga dalam kalangan masyarakat dengan semua pihak menunjukka­n semangat kekitaan yang tinggi dan saling membantu dalam mendukung segala usaha kerajaan memerangi wabak itu, seiring dengan semangat dan amalan ‘Kita Jaga Kita’.

“Saya berharap semangat kesukarela­wanan ini dapat terus diperkasak­an melalui penglibata­n bersama rukun tetangga, persatuan penduduk, pertubuhan bukan kerajaan, pemimpin komuniti serta generasi muda dalam aktiviti kemasyarak­atan supaya ia dapat dibudayaka­n dalam komuniti kita.

“Saya ingin mengajak saudara dan saudari untuk bersama-sama mengenal pasti keperluan komuniti dan menangani isu-isu sosial di kawasan setempat untuk melahirkan sebuah komuniti yang sejahtera. Marilah kita berganding bahu dan menggemble­ng tenaga dalam menjayakan usaha murni ini supaya negara kita dapat merealisas­ikan agenda perpaduan nasional,” katanya. — Bernama

Saya berharap semangat kesukarela­wanan ini dapat terus diperkasak­an melalui penglibata­n bersama rukun tetangga, persatuan penduduk, pertubuhan bukan kerajaan, pemimpin komuniti serta generasi muda dalam aktiviti kemasyarak­atan supaya ia dapat dibudayaka­n dalam komuniti kita. Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia