Utusan Borneo (Sabah)

MAFI: MARDI perkenal dua varieti padi baharu

-

KEPALA BATAS: Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) kelmarin memperkena­lkan dua varieti baharu padi untuk meningkatk­an tabung makanan negara.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, dua varieti MR 315 dan MRQ 104 yang diberi nama komersil ‘Seri Waja’ dan ‘Kembangsar­i’ masingmasi­ng akan memberikan lebih pilihan kepada petani untuk menanam.

Menurutnya, kedua-dua varieti baharu itu berupaya tahan penyakit, sesuai dengan cuaca dan tanah dalam negara.

“Ini merupakan salah satu strategi MARDI dalam menghasilk­an varieti berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada petani dalam meningkatk­an pendapatan mereka selain membantu meningkatk­an pengeluara­n beras dalam negara,” katanya dalam Majlis Pengisytih­aran dua varieti baharu padi MARDI serta pelancaran teknologi kadar boleh ubah bagi tanaman padi di sini kelmarin.

Beliau berkata, fokus kementeria­n sekarang adalah untuk meningkatk­an produktivi­ti dan mengurangk­an kos.

“Kos kajian untuk kedua varieti ini memakan masa 10 hingga 12 tahun dengan kos setiap satu kajian hampir RM5 juta,” katanya.

Kiandee menerangka­n bahawa varieti MR 315 diperkenal­kan untuk kepelbagai­an genetik padi dan pada masa yang sama, memberi lebih pilihan kepada petani serta mengurangk­an amalan penanaman varieti tunggal (monocrop) di jelapang manakala MRQ104 dihasilkan bertujuan untuk membuka pasaran beras wangi tempatan yang lebih luas.

“Hasil MR315 boleh mencecah sembilan tan sehektar manakala MRQ104 boleh mencecah lima tan sehektar,” katanya.

Selain itu, Kiandee berkata MARDI turut melancarka­n teknologi kadar boleh ubah iaitu komponen pertanian tepat bagi tanaman padi.

Beliau berkata, penggunaan teknologi pertanian tepat dalam pengeluara­n padi dapat meningkatk­an dan menggalakk­an operasi komersil berskala besar sama ada dalam bentuk sistem perladanga­n berkelompo­k atai aset.

“Teknologi yang dilancarka­n akan menambah baik ‘crop establishm­ent’, penguranga­n input baja 15 hingga 25 peratus, mengurangk­an penggunaan buruh 50 peratus dan mesra alam,” katanya.— Bernama

 ??  ?? BENIH: Kiandee (tengah) bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Haslina Abdul Hamid (kanan) dan Ketua Pengarah Mardi, Datuk Dr Mohamad Roff Mohd Noor (kiri) menunjukka­n dua varieti baharu padi iaitu Seri Waja (MR 315) dan Kembangsar­i (MRQ 104) di Pusat Kecemerlan­gan Penyelidik­an dan Inovasi Padi, Mardi Seberang Perai di Kepala Batas semalam. — Gambar Bernama
BENIH: Kiandee (tengah) bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Haslina Abdul Hamid (kanan) dan Ketua Pengarah Mardi, Datuk Dr Mohamad Roff Mohd Noor (kiri) menunjukka­n dua varieti baharu padi iaitu Seri Waja (MR 315) dan Kembangsar­i (MRQ 104) di Pusat Kecemerlan­gan Penyelidik­an dan Inovasi Padi, Mardi Seberang Perai di Kepala Batas semalam. — Gambar Bernama
 ?? — Gambar Bernama ?? PERHATI: Kiandee (dua kiri) memerhatik­an sistem penuaian padi varieti baharu di majlis pengisytih­aran dua varieti baharu padi iaitu MR 315 dan MRQ 104 yang diberi nama Kembangsar­i (MRQ 104) dan Seri Waja (MR 315) di Pusat Kecemerlan­gan Penyelidik­an dan Inovasi Padi, MARDI Seberang Perai, Kelapa Batas semalam.
— Gambar Bernama PERHATI: Kiandee (dua kiri) memerhatik­an sistem penuaian padi varieti baharu di majlis pengisytih­aran dua varieti baharu padi iaitu MR 315 dan MRQ 104 yang diberi nama Kembangsar­i (MRQ 104) dan Seri Waja (MR 315) di Pusat Kecemerlan­gan Penyelidik­an dan Inovasi Padi, MARDI Seberang Perai, Kelapa Batas semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia