Utusan Borneo (Sabah)

Barcelona tundukan Sevilla 2-0, dua mata di belakang pendahulu liga, Atletico Madrid

-

SEVILLE: Barcelona mengembali­kan harapan mencabar kejuaraan La Liga Sepanyol selepas Lionel Messi dan Ousmane Dembele menjaringk­an gol kemenangan ketika menewaskan Sevilla 20 pada Sabtu, sekali gus meletakkan mereka kurang dua mata di belakang pendahulu liga, Atletico Madrid.

Atletico bagaimanap­un kurang dua perlawanan berbanding Barca dan bermain lewat di Villarreal namun prestasi menurun mendadak Atletico membuka ruang kepada pasukan lain.

Barca kelihatan boleh melupakan saingan kejuaraan liga beberapa minggu yang lalu apabila hilang rentak tetapi kemenangan kesembilan dari 10 perlawanan liga meletakkan mereka kembali bersaing dengan Atletico akan menentang Real Madrid hujung minggu ini.

“Kami meraih beberapa kemenangan penting dan kami kembali bersaing kejuaraan liga,” kata pemain pertahanan Barca, Gerard Pique.

“Sudah tentu saingan kejuaraan masih ada, keyakinan itu juga ada dan ada banyak harapan dalam pasukan ini.”

Sevilla memulakan perlawanan dengan berada di prestasi memberangs­angkan selepas menang kesemua enam perlawanan liga terakhir, dengan lima perlawanan terakhir tanpa bolos.

Tetapi mereka tidak berada di tahap terbaik pada perlawanan di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan dengan Barcelona menguasai dari awal permainan.

Ia juga memberikan tarikan menjelang perlawanan separuh akhir kedua Copa del Rey apabila kedua-dua pasukan bertemu sekali lagi dengan Barca berharap untuk bangkit dari kekalahan 0-2 pada perlawanan pertama di Camp Nou sebelum ini.

Walaupun Pedri da nRonald Araujo mungkin diragui dapat diturunkan selepas kedua-dua pemain dikeluarka­n dalam separuh masa kedua kerana kecederaan.

“Kami percaya kami boleh bangkit tetapi Rabu ini adalah perlawanan yang berbeza,” kata jurulatih Barca, Ronald

Koeman. “Kami harus bermain dengan lebih sempurna dan selepas itu kami mungkin mempunyai peluang.”

Koeman mengekalka­n formasi yang sama 3-5-2 dengan Jordi Alba dan Sergino Dest bermain di sayap pertahanan, di hadapan tiga pertahanan tengah dan Dembele berganding­an dengan Messi di jentera serangan.

Tanpa Antoine Griezmann, yang bermula di bangku simpanan, Koeman mengorbank­an beberapa kreativiti dan kawalan di bahagian tengah.

Apa yang pasti, selama satu jam, Sevilla bergelut dengan penguasaan Barcelona yang sentiasa menyerang dan walaupun jurulatih Sevilla, Julen Lopetegui memasukkan tiga pemain gantian pada masa rehat, ia tetap tidak memberi sebarang impak.

Peluang tidak banyak pada perlawanan seperti ini tetapi Frenkie de Jong dan Pedri sentiasa mencemaska­n benteng Sevilla dari tengah padang, dengan kepantasan Dembele menambah lagi ancaman serangan Barca.

Gol pembukaan Barca hadir apabila Fernando melakukan hantaran lemah, membolehka­n Messi merampas bola sebelum mengumpan kepada Dembele untuk melakukan penyudah.

Lopetegui melakukan tiga pertukaran pemain pada masa rehat dan kemudian dua lagi pemain selepas satu jam permainan tetapi pasukannya tetap bergelut mengimbang­i permainan Barca.

Messi melengkapk­an jaringan ketika berbaki enam minit permainan selepas berganding­an dengan Ilaix Moriba sebelum melakukan penyudah kemas. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERGAYA: Dembele (tengah) menjaringk­an gol pada perlawanan La Liga Sepanyol di antara Sevilla FC dan FC Barcelona di stadium Ramon Sanchez Pizjuan di Seville, kelmarin.
— Gambar AFP BERGAYA: Dembele (tengah) menjaringk­an gol pada perlawanan La Liga Sepanyol di antara Sevilla FC dan FC Barcelona di stadium Ramon Sanchez Pizjuan di Seville, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia