Utusan Borneo (Sabah)

22 ekor babi di Pitas dimusnahka­n, usaha awal kekang penularan wabak ASF

- Oleh Amir Anuar

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri menghapusk­an 22 ekor babi di Pitas dalam fasa pertama usaha mengekang penularan wabak Demam Selesema Babi Afrika (ASF) di daerah itu.

Langkah awal kerajaan terbabit dijalankan sebelum diperluask­an terhadap 2,000 ekor babi yang dianggarka­n berada di Pitas dan kira-kira 1,000 babi hutan pada radius 50km.

Usaha itu disahkan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian

dan Perikanan Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan menerusi kenyataan medianya, semalam.

Menurutnya, lebih banyak babi akan dihapuskan dalam tempoh terdekat, malah spesies babi hutan dan babi liar di sekitar Pitas juga berada dalam pertimbang­an pihaknya.

“Kita akan ambil langkah ini jika perlu dalam usaha untuk memastikan wabak ASF yang melanda di Daerah Pitas tidak merebak ke daerah-daerah berhampira­n,” katanya.

Dr Jeffrey berkata, kempen kesedaran awam terhadap bahaya wabak terbabit kini digerakkan Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) di sekitr 25 perkampung­an.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kampungkam­pung itu sebahagian daripada 182 kampung yang dikenal pasti, selain inisiatif awal kempen yang dijalankan melalui media sosial.

“Kementeria­n akan meningkatk­an pengawasan di luar Pitas dan setakat ini 120 sampel dari daerah lain sudah dikumpul dalam usaha mengesan wabak itu di seluruh negeri.

Beliau berkata sampelsamp­el turut diperolehi dari rumah penyembeli­han babi, pusat penjualan babi komersil, dan penjual babi hutan salai (sinalau bakas) di semua daerah.

Sekiranya ada daerah lain yang turut dikesan dilanda virus terbabit, daerah terlibat akan diisytihar­kan sebagai kawasan wabak ASF selaras dengan Enakmen Haiwan 2015.

“Menerusi enakmen ini, JPV mempunyai kuasa penuh untuk melaksanak­an pendekatan pengurusan penyakit menerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya juga akan berusaha melindungi kawasan ternakan babi utama untuk memastikan pengeluara­n ternakan haiwan itu tidak terjejas.

Pengendali daging babi komersil turut diingatkan supaya meningkatk­an pengurusan keselamata­n bios di ladang masing-masing dan melaporkan kes kematian kepada JPV.

“Orang ramai sekali lagi diingatkan bahawa tidak ada ubat atau vaksin untuk ASF, namun wabak ini bukan penyakit zoonotik iaitu tidak merebak kepada manusia,’ katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, JPV dengan kerjasama Jabatan Hidupan Liar Sabah menubuhkan sebuah pasukan khas untuk menyiasat penemuan bangkai babi hutan di sebuah resort di Kinabatang­an.

Hasil ujian makmal berdasarka­n kerja-kerja pengumpula­n sampel dan siasatan punca kematian babi terbabit oleh pasukan berkenaan dijangka diketahui pada minggu hadapan.

 ??  ?? SELAMAT TIBA: Vaksin fasa pertama tiba di Semporna.
SELAMAT TIBA: Vaksin fasa pertama tiba di Semporna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia