Utusan Borneo (Sabah)

Kempen Derma Darah ‘Save a Life’ berjaya kumpul 121 pain darah

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Kempen Derma Darah bertemakan ‘Save a Life’ anjuran Hospital Pakar KPJ Sabah dengan kerjasama Unit Perubatan Transfusi Hospital Queen Elizabeth (HQE) II berjaya mengumpulk­an sebanyak 121 pain darah.

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Sabah Miranda Harumal berkata, kempen berkenaan bukan sahaja membantu tabung darah HQE malah semua tabung darah di seluruh Sabah.

Katanya, ia adalah program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) tahunan hasil inisiatif Hospital Pakar KPJ Sabah seiring dengan slogan ‘Care for Life’.

Menurutnya, Kempen Derma Darah itu berlangsun­g pada 26 dan 27 Februari lepas di lobi Hospital KPJ Sabah dan berjaya menarik lebih 110 penderma.

“Sejumlah 121 pain darah yang dapat dikumpulka­n itu juga melebihi sasaran untuk kempen derma darah ini.

“Antara yang menderma termasukla­h penderma biasa, anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA), kakitangan dan doktor Hospital Pakar KPJ Sabah.

“Selain itu, ada juga penderma baharu dalam kalangan orang awam yang datang bagi menjayakan penganjura­n kempen derma darah ini,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, sepanjang kempen berkenaan dilaksanak­an, semua kakitangan dan doktor HQE II bekerja keras dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Katanya, sejak Printah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an, tabung darah di negeri ini berdepan dengan risiko kekurangan bekalan darah.

Sehubungan itu, pihaknya menganjurk­an kempen derma darah itu bagi memastikan bekalan tabung darah sentiasa mencukupi terutama pada waktu kecemasan.

“Kami amat berbesar hati dan terharu dengan sokongan yang diterima daripada rakan kerjasama kami HQE II dan juga para penderma yang sudi mendermaka­n darah dalam usaha menjayakan program ini,” jelasnya.

Beliau berkata, selain HQE II, kempen itu turut mendapat kerjasama daripada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS), Sazarice Sdn Bhd, Sinar Mustika, Besta, Mr.Bread, dan Kupi Kupi FM.

 ??  ?? PENDERMA: Sebahagian penderma darah yang menyertai kempen derma darah itu.
PENDERMA: Sebahagian penderma darah yang menyertai kempen derma darah itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia