Utusan Borneo (Sabah)

Masalah diadukan penduduk dan peniaga di Kota Sentosa segera diatasi

-

KUCHING: Penduduk dan komuniti yang berniaga di kawasan Kota Sentosa mengeluh dengan keadaan persimpang­an jalan yang buruk berdekatan lampu isyarat di Jalan Liu Shan Bang di Kota Sentosa.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Kota Sentosa Wilfred Yap telah mengadakan lawatan kerja untuk melihat sendiri permasalah­an yang diadu oleh penduduk setempat kepadanya.

“Saya bersama Penghulu Lai Boon Khee, Kapitan Lee Tho Fung bersama tujuh ahli exco SUPP Kota Sentosa sering didatangi dan menerima aduan daripada orang ramai dan komuniti yang berniaga di kawasan ini.

“Perkara ini bagaimanap­un telah kita bawa kepada perhatian Jabatan Kejurutera­an Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) dan pihaknya menggunaka­n peruntukan kerajaan untuk menjalanka­n kerja-kerja naik taraf dan penyelengg­araan,” katanya yang juga Ketua Biro Aduan Awam (PCB) SUPP.

Wilfred dalam kenyataan itu turut menyuaraka­n rasa penghargaa­n atas kerjasama yang telah diberikan pihak MPP dan kontraktor yang menjalanka­n kerja-kerja tersebut.

Bahkan, kedua-dua pihak tersebut telah bersetuju melakukan kerja menaik taraf dan penyelengg­araan jalan pada waktu malam.

“Ini bagi mengelak daripada berlakunya kesesakan lalu lintas dan mengurangk­an kesulitan orang ramai yang hendak turun bekerja,” tegasnya.

Kata Wilfred PCB SUPP akan sentiasa komited berkhidmat demi rakyat bagi memastikan kemudahan infrastruk­tur di daerah Kota

Sentosa dijaga dengan baik untuk kesejahter­aan rakyat di situ.

Beliau juga menggesa orang ramai tidak terpengaru­h dengan pujukan mereka yang tidak bertanggun­gjawab yang enggan disuntik dengan vaksinasi COVID-19.

Ujarnya, pada waktu sukar ini kerajaan persekutua­n dan negeri seharusnya perlu memfokuska­n kepada dasar yang akan membantu mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat dan membuka peluang pelaburan bagi membangunk­an ekonomi.

Penekanan juga perlu diberikan kepada mereka yang berumur 45 tahun ke atas untuk menyertai manamana program latihan bagi meningkatk­an kemahiran mereka menerusi latihan, tegasnya.

Mereka yang memerlukan bantuan PCB SUPP boleh menghubung­i talian 0167797688 atau 082-246999 atau terus ke pejabat SUPP Cawangan Kota Sentosa untuk memohon bantuan.

 ??  ?? TURUN PADANG: Wilfred, Lai dan Lee meninjau kerja-kerja menaik taraf dan penyelengg­araan dilaksanak­an kontraktor MPP di persimpang­an lampu isyarat Jalan Liu Shan Bang di Kota Sentosa baru-baru ini.
TURUN PADANG: Wilfred, Lai dan Lee meninjau kerja-kerja menaik taraf dan penyelengg­araan dilaksanak­an kontraktor MPP di persimpang­an lampu isyarat Jalan Liu Shan Bang di Kota Sentosa baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia