Utusan Borneo (Sabah)

PKS tidak berdaftar tercicir daripada bantuan kerajaan

-

KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta mikro yang tidak berdaftar dengan Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) atau dewan perniagaan kian merasai kesan daripada sentimen pengguna yang buruk, menurut Industries Unite.

Gabungan lebih 40 persatuan perdaganga­n, perniagaan dan profesiona­l seluruh Malaysia itu menjelaska­n lebih malang apabila kalangan PKS ini tercicir daripada menerima bantuan kerajaan untuk perniagaan.

Penyelaras Kumpulan bagi Industries Unite, Datuk David Gurupatham berkata terdapat segelintir PKS mikro yang termasuk dalam kategori ini, susulan itu, mereka tidak memperoleh maklumat mengenai bantuan kerajaan serta garis panduan dan prosedur yang diperlukan.

Beliau berkata, bagaimanap­un keadaan itu dapat diatasi dengan mengadakan libat urus atau jalinan dengan perwakilan dan persatuan perniagaan.

“Wujudkan libat urus dengan persatuan dan perwakilan perniagaan, terutama berkaitan PRIHATIN (Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat) dan PENJANA (Pelan Jana Semula Ekonomi Negara), supaya tiada mana-mana pihak tercicir dan perniagaan kecil memperoleh maklumat tepat, menghapusk­an karenah birokrasi agar PKS mempunyai akses yang lebih mudah untuk mendapatka­n bantuan,” katanya kepada BERNAMA. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia