Utusan Borneo (Sabah)

JBALB komited bekal air bersih termasuk di kawasan terpencil

-

KUCHING: Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Bandar (JBALB) komited memberi perkhidmat­an terbaik kepada rakyat negeri ini dalam membekalka­n air bersih termasuk di kawasan terpencil yang tidak mempunyai akses jalan raya dan paip utama, kata Menteri Muda Bekalan Air Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Beliau berkata, misalnya bagi kawasan terpencil, JBALB mempunyai Program Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS) yang kini berada pada fasa kedua pelaksanaa­n.

Menurutnya, fasa pertama SAWAS telah siap sepenuhnya pada 2018 melibatkan 22 kampung dengan kos RM49.7 juta melalui lima pakej.

“Ini merupakan usaha murni Kerajaan Sarawak bagi membekalka­n air bersih termasuk di kawasan yang terletak jauh dari paip utama,” katanya semasa program taklimat pelaksanaa­n projek SAWAS di Ibu Pejabat JBALB di sini, baru-baru ini.

Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) berkata, sebanyak 53 kampung lagi akan terlibat dengan fasa kedua program SAWAS.

“Fasa kedua melibatkan 22 pakej dengan kos RM134.6 juta manakala pelaksanaa­nnya melibatkan tiga wilayah iaitu selatan, tengah dan utara,” ujarnya.

Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) katanya, sebanyak 997 kampung akan terlibat dengan program SAWAS dengan 21,777 penduduk akan mendapat manfaat.

“Kos untuk pelaksanaa­n dalam RMK12 dijangka menelan belanja sekitar RM3 bilion,” ujarnya.

Dr Abdul Rahman berkata, program SAWAS dibangunka­n menggunaka­n sumber seperti graviti, tadahan air hujan dan sungai.

Hadir sama Pengarah JBALB Chang Kuat Shian.

 ??  ?? HADIR: Dr Abdul Rahman menghadiri program taklimat pelaksanaa­n projek SAWAS.
HADIR: Dr Abdul Rahman menghadiri program taklimat pelaksanaa­n projek SAWAS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia