Utusan Borneo (Sabah)

Pegawai, enam anggota 3RRD bantu pasang kawat berduri

-

SIBU: Seramai dua pegawai dan enam anggota lain-lain pangkat (LLP) daripada Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja (3RRD) telah diaturgera­kkan bagi membantu pemasangan kawat berduri di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di Skim Penempatan Semula Sentosa, Fasa 2 di sini, kelmarin.

Pemasangan kawat berduri itu dilaksanak­an di kawasan tersebut berikutan pengisytih­arannya sebagai kawasan PKPD mulai 27 Februari hingga 12 Mac ini.

Pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bersedia membantu Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) melaksanak­an kawalan ke atas kawasan tempatan jangkitan bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

Program ini signifikan selaras dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu peningkata­n Hubungan Tentera dan Awam.

 ??  ?? JAGA-JAGA: Anggota ATM ketika memasang kawat berduri di Skim Penempatan Semula Sentosa Fasa 2 yang dikenakan PKPD di Sibu, kelmarin.
JAGA-JAGA: Anggota ATM ketika memasang kawat berduri di Skim Penempatan Semula Sentosa Fasa 2 yang dikenakan PKPD di Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia