Utusan Borneo (Sabah)

50 pejuang maut dalam pertempura­n di Yaman

-

DUBAI: Pertempura­n di wilayah Marib di Yaman di antara pasukan tentera kerajaan dan pemberonta­k Huthi telah mengorbank­an kirakira 50 pejuang termasuk seorang komander pasukan tentera khas, menurut sumber kerajaan kelmarin.

Awal bulan ini, pemberonta­k Huthi meneruskan satu tindakan untuk menawan bandar Marib, 120 kilometer di timur bandar utama Sanaa yang ditawan oleh pemberonta­k.

Bandar itu terletak berhampira­n dengan sebahagian kawasan minyak terkaya di Yaman dan penguasaan­nya akan menjadi hadiah utama bagi pemberonta­k tersebut.

“Seramai 22 anggota pasukan tentera kerajaan dan lebih 28 pemberonta­k maut dalam tempoh 24 jam lepas dalam pertempura­n yang berterusan di bahagian depan wilayah Marib,” kata satu sumber kerajaan.

Satu pakatan yang diketuai Arab melancarka­n lebih 12 serangan udara sebagai sokongan kepada pasukan tentera kerajaan di darat, menurut rangkaian pemberonta­k Al Massirah.

Pada Jumaat lepas, lebih 60 pejuang telah terkorban dalam pertempura­n di Marib, hari paling berdarah sejak permulaan serangan pada 8 Februari.

Sejak itu, pertempura­n telah mengakibat­kan beratus-ratus kematian pejuang di kedua-dua pihak, menurut kepada sumber kerajaan, dan menyebabka­n beratusrat­us keluarga hilang tempat tinggal.

Pihak Huthi biasanya tidak akan menyatakan tentang jumlah kehilangan mereka.

Yaman telah dibelenggu perebutan kuasa berdarah sejak 2014 di antara pihak kerajaan yang dibantu pakatan tentera diketuai Arab dengan pemberonta­k Huthi yang mengawal kebanyakan kawasan di utara.

Konflik tegang ini telah meragut puluhan ribu nyawa dan menyebabka­n berjuta-juta orang tiada tempat tinggal, menurut pertubuhan antarabang­sa, membangkit­kan apa yang dipanggil PBB sebagai krisis kemanusiaa­n terburuk di dunia. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia