Utusan Borneo (Sabah)

Tiga mati dalam kebakaran di kem Syria

-

QAMISHLI: Dua kanakkanak dan seorang wanita maut kelmarin manakala kira-kira 30 orang lagi dimasukkan ke hospital selepas satu kebakaran memusnahka­n kem petempatan AlHol di timur laut Syria, menurut pegawai tempatan.

Kebakaran bermula selepas sebuah dapur meletup ketika penduduk Syria yang tiada tempat tinggal yang menghuni kem tersebut sedang meraikan satu majlis perkahwina­n, menurut Sheikhmous Ahmed, pegawai pentadbira­n separuh autonomi Kurdis.

“Tiga orang meninggal dunia iaitu dua kanakkanak dan seorang wanita,” beliau memberitah­u koresponde­n AFP di bandar timur laut Qamishli melalui panggilan telefon.

Kira-kira 30 orang lagi yang mengalami kelecuran telah dimasukkan ke hospital, dua daripadany­a dalam keadaan kritikal, kata beliau.

Kem tersebut yang dijalankan pasukan tentera Kurdis, merupakan yang terbesar di Syria dan menempatka­n hampir 62,000 orang, lebih 90 peratus adalah wanita dan kanak-kanak, menurut kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kebanyakan mereka ialah rakyat Iraq dan Syria yang telah melarikan diri dari peperangan di antara kumpulan Islamic State dan pasukan tentera Kurdis, namun kem itu turut menempatka­n satu bahagian berasingan ribuan wanita dan kanak-kanak asing yang dituduh mempunyai hubungan kekeluarga­an dengan IS.

Pihak NGO telah bersuara mengenai keadaan dahsyat di Al-Hol dan kekurangan rawatan perubatan.

Seorang pakar PBB menyatakan pada awal bulan ini bahawa penduduk di kem sedang tinggal dalam keadaan yang teruk.

Pejabat PBB bagi Penyelaras­an Hal Ehwal Kemanusiaa­n (OCHA) menyatakan Al-Hol sebagai kediaman lebih 31,000 kanak-kanak berusia bawah 12 tahun.

“Peningkata­n terbaharu dalam keadaan kejam di kem menunjukka­n kem tersebut bukan tempat yang sesuai bagi mana-mana kanakkanak untuk membesar,” menurutnya dalam satu kenyataan pada bulan ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia