Utusan Borneo (Sabah)

Mak andak memasak, mak cik mengemas, mak su berniaga

-

ARAU: Kecacatan penglihata­n yang dialami tiga beradik warga emas di sini tidak menjadi alasan untuk mereka hidup berdikari meneruskan kehidupan dengan menjual barangan kraf tangan dan bantal kekabu.

Che Halijah Ibrahim, 80, yang mesra disapa mak andak, Che Manai Ibrahim, 74, (mak cik) dan Che Zainah Ibrahim, 69, (mak su) mengakui hidup bahagia bersama dan sepakat melakukan kerja rumah dan mencari rezeki.

“Mak andak memasak, mak cik mengemas rumah, mak su pula keluar menjual hasil kraf tangan, itulah rutin harian kami,” kata Che Zainah kepada pemberita selepas penyerahan sumbangan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Kampung Titi Besi di sini kelmarin.

Che Zainah berkata, kehidupan mereka saling melengkapi dan terurus dengan baik biarpun hidup serba kekurangan kerana mereka sudah biasa membahagik­an tugas dan melakukann­ya sejak kecil bersama.

Adik bongsu daripada tiga beradik itu sering dibantu Che Halijah dan Che Manai menganyam rotan yang dipelajari mereka sejak kecil, untuk dijadikan pelbagai produk kraf seperti beg tangan dan tudung saji.

“Sebelum saya keluar berniaga di pasar tani di sekitar Perlis, kakak, Che Halijah akan pastikan saya menjamah makanan yang dimasaknya terlebih dahulu. Dia gemar memasak sup dan gulai, menu kegemaran kami bertiga ialah gulai ikan nyok-nyok,” katanya.

Che Manai pula katanya, banyak membantuny­a menguruska­n barangan untuk dibawa berjual selain memastikan rumah dalam keadaan bersih dan teratur. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia