Utusan Borneo (Sabah)

RM400,000 diperuntuk bina jeti baharu di Sungai Melaka

-

MELAKA: Sebanyak RM400,000 diperuntuk­kan bagi menaik taraf jeti Melaka River Cruise (MRC) sedia ada dan membina empat lagi jeti baharu dalam projek Fasa Satu Sungai Melaka melibatkan laluan dari Muara Sungai Melaka ke Taman Rempah di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembanguna­n Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Datuk Murad Husin berkata, peruntukan hasil kutipan caj warisan itu bertujuan memberi keselesaan dan menjamin keselamata­n pengunjung.

Beliau berkata, jeti berkenaan diwujudkan sebagai stesen produk pelanconga­n baharu MRC iaitu ‘pit stop cruise’ menerusi pengoperas­ian tiga bot khas dan pengunjung boleh menggunaka­n perkhidmat­an berkenaan sepanjang sehari dari stesen ke stesen lain menerusi pembelian tiket seharian berharga RM40.

“Secara keseluruha­n, sebanyak 14 jeti akan diwujudkan di bawah fasa satu MRC dan setakat ini kita ada lapan jeti sedia ada melibatkan lokasi tertentu antaranya di Kampung Hulu, Kampung Morten dan The Shore.

“Produk pelanconga­n ‘pit stop cruise’ ini akan dilancarka­n dalam masa terdekat Mac ini dan ia merupakan salah satu usaha PPSPM untuk meningkatk­an kualiti produk pelanconga­n Melaka memandangk­an MRC merupakan antara ikon pelanconga­n negeri,” katanya kepada pemberita selepas Program GotongRoyo­ng Bulanan PPSPM di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pelaksanaa­n ‘pit stop cruise’ berkenaan akan mewujudkan aktiviti ekonomi untuk masyarakat setempat menerusi peluang perniagaan di jeti terlibat.

Sementara itu, sempena Ramadan kali ini, beliau berkata pihaknya merancang mengadakan perkhidmat­an ‘Iftar Cruise’ bagi memberi peluang pelancong merasai pengalaman berbuka puasa di atas bot dengan harga RM50 seorang, namun ia bergantung pada situasi penularan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Terdahulu, beliau berkata PPSPM sentiasa melaksanak­an kerja-kerja pembersiha­n di sepanjang Sungai Melaka bagi memastikan tahap kebersihan ikon produk pelanconga­n negeri itu terpelihar­a dan berharap semua pihak dapat memainkan peranan dalam usaha pembersiha­n Sungai Melaka. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MURNI: Kakitangan Perbadanan Pembanguna­n Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) melakukan kerja-kerja pembersiha­n sampah-sarap terdiri daripada ranting pokok, daun kering dan plastik di Sungai Melaka sempena Program Gotong-Royong Bulanan PPSPM, Melaka.
— Gambar Bernama MURNI: Kakitangan Perbadanan Pembanguna­n Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) melakukan kerja-kerja pembersiha­n sampah-sarap terdiri daripada ranting pokok, daun kering dan plastik di Sungai Melaka sempena Program Gotong-Royong Bulanan PPSPM, Melaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia