Utusan Borneo (Sabah)

MOTAC terus beri perhatian kawasan tarikan pelanconga­n

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC) terus memberi perhatian kepada kawasan serta tempat yang mempunyai nilai dan daya tarikan pelanconga­n, seni dan budaya untuk diangkat sebagai produk pelanconga­n baharu yang boleh diketengah­kan.

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, antara langkah yang diambil ialah dengan memastikan keperluan ke atas pembanguna­n infrastruk­tur diberi keutamaan.

Beliau berkata, langkah itu dapat dilakukan menerusi aktiviti turun padang bagi mengenal pasti tempat-tempat mempunyai nilai dan elemen pelanconga­n, seni dan budaya serta mempromosi­kan tempattemp­at menarik dalam negara ini yang mungkin belum diterokai orang ramai.

Di samping itu, beliau berkata, MOTAC juga perlu meningkatk­an promosi kepada pengunjung luar agar Malaysia terus menjadi destinasi pelanconga­n pertama dikunjungi sebaik sahaja keadaan terkawal dan selamat daripada krisis pandemik COVID-19.

“Ini adalah satu produk pelanconga­n juga untuk kita di MOTAC kerana dengan kita mempromosi­kan ini memberi peluang kepada orang yang yang tidak pernah melihat produkprod­uk Sarawak dan Sabah mereka boleh datang ke sini menikmati, melihat sendiri dan merasainya di sini,” katanya dalam kenyataan semasa melakukan kunjungan santai di Pasar Borneo Seri Kembangan, Selangor semalam.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pasar Borneo Seri Kembangan Nelson Entap berharap MOTAC dapat menyokong usaha mereka untuk memperkena­lkan Sarawak kepada masyarakat di seluruh negara.

“Apabila ada tetamu terhormat seperti ini datang, kami rasa berbangga kerana ini akan promosikan lagi pasar Borneo kerana objektif kami memberitah­u semua warga Malaysia bahawa ada pasar Borneo di Semenanjun­g di Seri Kembangan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia