Utusan Borneo (Sabah)

Thashvein budak penghidap leukemia simpan impian mahu ke sekolah

-

KUALA LUMPUR: Ketika ramai rakan sebayanya bersiap untuk kembali ke sekolah esok, Thashvein Chandran Nair, 8, hanya mampu berdoa supaya sembuh cepat daripada penyakit leukemia yang dihidapiny­a agar dapat menyertai rakan-rakannya di bilik darjah tidak lama lagi.

“1 Mac ini sekolah buka tetapi saya sedih sebab tidak dapat pergi ke sekolah, rindu belajar dengan kawan-kawan macam dulu. Saya mahu sembuh cepat dan menyambung pelajaran yang terjejas.” Itu yang sering dituturkan Thashvein kepada ibunya, Malini Muniandy, 29.

Ketika ditemui Bernama TV di pejabat Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) di sini baru-baru ini, kanak-kanak itu yang bercita-cita menjadi seorang doktor haiwan apabila dewasa didiagnosi­s dengan leukemia pada usia dua tahun.

Walaupun telah mendaftar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Ketayong, Tanjung Malim, Perak untuk memasuki Tahun 1 pada tahun lepas, Thashvein tidak dapat ke sekolah kerana penularan COVID-19 selain perlu mendapatka­n rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Thashvein telah menjalani pembedahan sebanyak lapan kali sehingga mengakibat­kan komplikasi kesihatan lain seperti lipomyelom­eningocele yang menjejaska­n tulang belakang dan kakinya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia