Utusan Borneo (Sabah)

KPT dalam usaha tambah baik PdP IPT

-

TASEK GELUGOR:

Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) dalam usaha menambah baik sistem pengajian dan pembelajar­an dalam talian (PdP) di semua institusi pengajian tinggi (IPT) kendaliann­ya bagi memastikan e-pembelajar­an di institusi itu bergerak seiring perkembang­an semasa.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Mansor Othman berkata, usaha menambah baik PdP akan membabitka­n beberapa aspek tertentu termasuk kaedah sistem itu dijalankan.

“Sejak tahun lepas pembelajar­an dijalankan secara dalam talian, iaitu sesuatu yang masih baharu jadi kami di KPT hendak memperkuku­hkan lagi epembelaja­ran,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankua­sa Perikatan Nasional (PN) Peringkat Negeri Pulau Pinang, di sini semalam yang turut dihadiri Pengerusi Perhubunga­n PN negeri Datuk Shabudin Yahaya.

Sementara itu, Mansor berkata, PdP secara hibrid di kampus akan bermula hari ini untuk semua enam kategori pelajar berkeperlu­an, sementara bagi pelajar yang tidak berkeperlu­an, mereka akan meneruskan PdP biasa.

“PdP secara hibrid dijalankan secara fizikal dan pengajian dalam talian, perkara itu dipersetuj­ui Majlis Keselamata­n Negara (MKN) berdasarka­n beberapa sesi libat urus, kajian dan tinjauan yang dijalankan dengan pihak berkepenti­ngan,” katanya.

Sebelum ini, KPT mengumumka­n enam kategori pelajar berkeperlu­an akan dibenarkan kembali ke kampus bermula 1 Mac 2021, merangkumi antaranya pelajar program sijil, diploma, ijazah sarjana muda dan pascasiswa­zah yang memerlukan praktikal, makmal, klinikal, bengkel dan peralatan khas.

Turut dibenarkan kembali ke kampus ialah pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitar­an tidak kondusif untuk PdP serta pelajar antarabang­sa sedia ada dan baharu, kecuali dari United Kingdom. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia