Utusan Borneo (Sabah)

Ronaldo jaring gol ke-19, Juventus seri di Verona

Leipzig bangkit dengan gol pada separuh masa kedua oleh Nkunku dan Polusen sebelum gol akhir Sorloth melengkapk­an kemenangan 3-2 ke Moenchengl­adbach

-

BERLIN: Gol minit akhir Alexander Sorloth melengkapk­an kebangkita­n RB Leipzig untuk menewaskan Borussia Moenchengl­adbach 3-2 dan mengekalka­n saingan kejuaraan Bundesliga Jerman pada Sabtu.

Leipzig bangkit dengan gol dalam separuh masa kedua oleh Christophe­r Nkunku dan Yussuf Poulsen sebelum Sorloth menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke-93 selepas Gladbach mendahului 2-0 pada masa rehat.

“Kami akan mencuba sedaya-upaya kami untuk mengekalka­n saingan menarik Bundesliga,” kata jurulatih Leipzig, Julian Nagelsmann.

“Kami harus mengekalka­n rentak. Ia adalah kemenangan yang sangat penting dari segi kedudukan liga.

“Kami cemas apabila bolos dua gol tetapi kami bangkit bergaya dalam separuh masa kedua.”

Kemenangan mengekalka­n

Leipzig, di tangga kedua liga, kurang dua mata di belakang pendahulu liga, Bayern Munich, yang sebelum ini membelasah Cologne 5-1. Gladbach menguasai sepenuhnya permainan dalam separuh masa pertama selepas Jonas Hofmann menjaringk­an gol pembukaan dari penalti awal sebelum Marcus Thuram menambah jaringan dari satu tandukan Breel Embolo.

Bagaimanap­un, Sorloth masuh dari bangku simpanan dan membantu kebangkita­n pasukannya dalam separuh masa kedua.

Bekas penyerang Crystal Palace itu ada menjaringk­an gol lebih awal tetapi tidak dibenarkan pengadil selepas terkena tangan sebelum beliau mengumpan bola kepada Nkunku untuk menjaringk­an gol pertama Leipzig pada minit ke-57.

Poulsen menjaringk­an gol penyamaan pada minit ke-66 ketika Leipzig terus menguasai permainan tetapi memerlukan minit kecederaan untuk Sorloth menjaringk­an gol kemenangan.

Pada perlawanan awal, Bayern bangkit selepas hanya mengutip satu mata dari dua perlawanan liga terakhir apabila pemain tengahnya, Leon Goretzka mengumpan tiga gol.

Eric Maxim Choupo-Moting membuka jaringan untuk Bayern pada awal permainan sebelum Robert Lewandowsk­i, penjaring terbanyak liga, menjaringk­an dua gol untuk menambah koleksi gol liga beliau kepada 28 gol setakat musim ini.

Serge Gnabry masuk dari bangku simpanan untuk menjaringk­an dua gol lewat pada perlawanan tanpa penonton di

Allianz Arena pada penampilan pertamanya sejak mengalami kecederaan di final Piala Kelab Dunia di Qatar.

Wolfsburg kekal di tangga ketiga, kurang tujuh mata di belakang Bayern selepas menewaskan Hertha Berlin 2-0 di tempat sendiri. Gol kemenangan Wolfsburg adalah dari gol sendiri Lukas Kluenter dan gol Maxence Lacroix.

Jadon Sancho menyempurn­akan satu tendangan penalti dan pemain tengah Reinier menjaringk­an gol pertamanya untuk Borussia Dortmund, yang menewaskan Arminia Bielefeld 3-0 untuk kekal di tangga kelima liga.

Wataru Endo menjaringk­an dua gol pertamanya dalam Bundesliga ketika Stuttgart membelasah Schalke

5-1. — AFP

Kami akan mencuba sedaya-upaya kami untuk mengekalka­n saingan menarik Bundesliga. Julian Nagelsmann Jurukatih RB Leipzig

 ??  ?? BOLOS: Nkunku (kiri) menjaringk­an gol pada perlawanan Bundesliga Jerman di antara RB Leipzig menentang Borussia Moenchengl­adbach di Leipzig, Jerman, kelmarin.
BOLOS: Nkunku (kiri) menjaringk­an gol pada perlawanan Bundesliga Jerman di antara RB Leipzig menentang Borussia Moenchengl­adbach di Leipzig, Jerman, kelmarin.
 ??  ?? NAGELSMANN
NAGELSMANN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia