Utusan Borneo (Sabah)

Garis panduan elak isu ‘potong barisan’ suntikan vaksin COVID-19

Dokumen memperinci­kan mengenai petugas barisan hadapan

-

PUTRAJAYA: Kerajaan mewujudkan Garis Panduan Penetapan Senarai Barisan Petugas Hadapan bagi mengelakka­n isu ‘potong barisan’ untuk program vaksinasi COVID-19, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata keputusan itu dibuat pada Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang mana dokumen garis panduan tersebut memperinci­kan mengenai petugas barisan hadapan.

Katanya beliau dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba telah menandatan­gani dokumen garis panduan itu yang akan dimuat naik di laman sesawang https://www.vaksincovi­d.gov.my/, Kementeria­n Kesihatan serta Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi bagi menjelaska­n takrifan barisan hadapan.

“Jadi, soal queue cutting tidak lagi timbul di pusat pemberian vaksinasi kerana ada garis panduan yang jelas dan mereka diminta untuk ikut garis panduan tersebut. Garis panduan ini akan menyatakan secara jelas siapa yang layak dan siapa yang belum layak untuk menerima vaksin dalam fasa satu,” katanya dalam sidang media bersama Dr Adham selepas menghadiri mesyuarat JKVAV, di sini hari ini.

Khairy berkata kerajaan juga mempertimb­angkan tindakan kompaun kepada mana-mana individu yang didapati melangkau giliran untuk mendapatka­n suntikan vaksin COVID-19.

Khairy berkata kuasa tambahan mungkin diberikan kepada Menteri Kesihatan untuk mengenakan kompaun tersebut.

Mengulas mengenainy­a, Dr Adham berkata terdapat peruntukan dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang membolehka­n mana-mana individu yang menghalang atau membantutk­an usaha pencegahan penyakit dibawa ke muka pengadilan.

Dalam pada itu, Khairy menyeru orang ramai menyalurka­n aduan berkaitan isu ‘potong barisan’ untuk membolehka­n lebih ramai petugas hadapan yang layak menerima suntikan vaksin COVID-19 tersebut.

Khairy berkata JKJAV juga bersetuju membentuk jawatankua­sa kecil bagi melihat permintaan mewujudkan kategori baharu untuk mereka yang memohon disenaraik­an sebagai barisan hadapan.

Mengenai pendaftara­n bagi menerima suntikan vaksin COVID-19 di aplikasi MySejahter­a, beliau berkata seramai 1,468,137 atau 6.1 peratus rakyat telah berdaftar setakat 11 pagi semalam.

“Tahap pendaftara­n masih rendah kerana sasaran kita ialah 80 peratus. Dijangkaka­n angka ini akan meningkat selepas 5 Mac ini apabila pendaftara­n dibuka melalui talian hotline dan laman web www.vaksincovi­d.gov.my,” katanya.

Bilangan penerima vaksin setakat ini ialah 17,064 orang dengan Sarawak mencatatka­n angka tertinggi diikuti Pahang dan Perak, katanya.

Jadi, soal queue cutting tidak lagi timbul di pusat pemberian vaksinasi kerana ada garis panduan yang jelas dan mereka diminta untuk ikut garis panduan tersebut. Garis panduan ini akan menyatakan secara jelas siapa yang layak dan siapa yang belum layak untuk menerima vaksin dalam fasa satu.

Khairy Jamaluddin

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

 ?? — Gambar Bernama ?? GARIS PANDUAN: Khairy ketika sidang media di ibu pejabat Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) semalam.
— Gambar Bernama GARIS PANDUAN: Khairy ketika sidang media di ibu pejabat Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia