Utusan Borneo (Sabah)

Dua projek tebatan banjir siap dibina di Miri Datuk Bandar Miri secara amnya melahirkan rasa puas hati dengan kedua-dua projek tersebut

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Dua projek tebatan banjir yang dilaksanak­an di bawah seliaan Majlis Bandaraya Miri (MBM) telah siap dibina awal tahun ini.

Datuk Bandar Adam Yii berkata, kedua-dua projek itu bertujuan memperbaik­i saliran di Jalan Abang Dato Indeh bersebelah­an SMK St Columba serta pembinaan longkang banjir untuk dua kawasan jalan raya iaitu Jalan Temenggong Oyong Lawai Jau dan Jalan Gikie/Jalan Lim Chee Hian di sini.

Semasa lawatan ke tapak projek kelmarin, Yii secara amnya melahirkan rasa puas hati dengan kedua-dua projek tersebut.

Bagi kerja-kerja pembaikan saliran di Jalan Abang Dato Indeh beliau berkata, projek bernilai RM82,468 yang diminta pihak pengurusan sekolah itu telah siap sepenuhnya pada 10 Februari lalu.

“Sebelum itu, pihak sekolah melaporkan kepada kami bahawa sistem perparitan berdekatan kawasan sekolah berkenaan telah rosak,” katanya.

Selain memperbaik­i saliran bahagian yang rosak, MBM juga telah mengubah sistem perparitan terbuka menjadi saliran tertutup bagi mengambil kira keselamata­n pelajar.

Yii menambah kata, MBM turut merancang membina sistem bumbung di sepanjang kawasan saliran tertutup untuk sekolah.

“Kami akan mencari dana untuk projek yang dicadangka­n ini bagi menambah kawasan gudang di luar sekolah untuk para pelajar,” katanya, yang turut diiringi ahli dan pegawai MBM semasa mengadakan lawatan ke tapaktapak projek selenggara­an MBM kelmarin.

Yii kemudianny­a turut melawat tapak projek yang kini dalam proses pembinaan.

Ia melibatkan projek membaiki longkang dan cerun yang rosak di Jalan Persahabat­an 4B/1 dan 4B/3 serta pemasangan lampu isyarat dan melebarkan jalan di Jalan Persahabat­an 4 di Luak.

Sebelum itu, pihak sekolah melaporkan kepada kami bahawa sistem perparitan berdekatan kawasan sekolah berkenaan telah rosak. Adam Yii Datuk Bandar

 ??  ?? LAWAT: Yii (dua kanan) bersama ahli majlis dan pegawai MBM yang memeriksa kerja-kerja pembaikan perparitan bersebelah­an SMK St Columba di Jalan Abang Dato Indeh, Miri kelmarin.
LAWAT: Yii (dua kanan) bersama ahli majlis dan pegawai MBM yang memeriksa kerja-kerja pembaikan perparitan bersebelah­an SMK St Columba di Jalan Abang Dato Indeh, Miri kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia