Utusan Borneo (Sabah)

PUSAKA Capital Group terima trak tangki ke-16

-

KUCHING: PUSAKA Capital Group menerima trak tangkinya yang ke-16 pada majlis ringkas di Lembaga Pelabuhan Kuching, Terminal Pending kelmarin.

Kunci trak tangki diserahkan oleh wakil Sino Truck Commercial Vehicles (M) Sdn Bhd Goh Kee Seng kepada Pengerusi PUSAKA Capital Sdn Bhd Datuk Mohd Naroden Majais.

Dalam ucapan ringkasnya, Naroden yang juga Menteri Muda Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Terminal Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan berkata PUSAKA Capital Group telah melabur dalam trak tangki sejak dilantik oleh Petronas Bitumen di Sarawak pada 2017.

Pelaburan itu katanya, bagi menyokong operasinya dalam pengedaran produk bitumen kepada pelanggan di seluruh Sarawak.

“Syarikat ketika ini beropersi dari tiga terminal, IOT Kuching, PST Bintulu dan depot Bitumen sendiri di Tanjung Manis yang memegang penyimpana­n bitumen terbesar di Sarawak.

“Trak tangki terkini, akan membolehka­n syarikat memastikan bekalan bitumen yang bukan sahaja mencukupi tetapi juga peng- hantaran yang tepat pada masanya,” katanya. PUSAKA Capital Group katanya, juga terlibat dalam pembekalan diesel dan pelincir selain bitumen.

Naroden turut menjelaska­n bahawa PUSAKA Capital Group menerusi pengoperas­ian anak syarikatny­a PUSAKA Pratama Sdn Bhd baru-baru ini diiktiraf oleh Petronas Dagangan Bhd (PDB) sebagai salah satu pengedar bitumen berpretasi di Sarawak.

Pada Sidang Kemuncak Rakan Saluran Komersial PDB 2021 yang berlangsun­g pada 25 Februari lepas, PDB menganuger­ahkan PUSAKA Pratama Sdn Bhd sebagai juara bagi kategori bitumen dan kedua keseluruha­n kategori nasional.

Katanya meskipun berdepan tahun 2020 yang mencabar akibat COVID-19 dan ekonomi yang tidak menentu, ia adalah pencapaian terbaik bagi kumpulan sebagai syarikat berkaitan kerajaan negeri.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kuching Datuk Awang Bemee Pengiran Ali Basah dan Pengarah PUSAKA Capital Sdn Bhd serta yang lain termasuk wakil Sino Truck Malaysia.

 ??  ?? TERIMA: Naroden (dua kanan) merakam gambar di hadapan trak tangki PUSAKA yang diterima daripada Sino Truck kelmarin. Turut kelihatan Goh (kanan) dan Awang Bemee (dua kiri).
TERIMA: Naroden (dua kanan) merakam gambar di hadapan trak tangki PUSAKA yang diterima daripada Sino Truck kelmarin. Turut kelihatan Goh (kanan) dan Awang Bemee (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia