Utusan Borneo (Sabah)

Penganggur didakwa sebabkan kematian semasa memandu dalam keadaan mabuk

-

KUANTAN: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam, atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had dibenarkan sehingga menyebabka­n kematian seorang pekerja kilang, Isnin lalu.

Pengakuan Manda v e Sin g h, 26, yang memakai kemeja-T hitam dan seluar pendek jeans kelabu itu direkodkan di hadapan Majistret Nor Izzati Zakaria.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu semasa memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza CBY7433 dan menyebabka­n kematian Muhammad Akmal Hakim Misnan, 22, yang menunggang motosikal EX5 pada jam 1.10 pagi, 1 Mac lalu di Jalan Sungai Lembing di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang baru tamat belajar di institusi pengajian tinggi didakwa mengikut Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda maksimum RM100,000, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, peguam Farah Naz Kumar yang mewakili tertuduh merayu mahkamah mengurangk­an jaminan RM20,000 yang ditawarkan Timbalan Pendakwa Raya Nasrul Hadi Abdul Ghani, dengan mengambil kira keadaan kewangan keluarga tertuduh.

“Bapa tertuduh yang akan menjadi penjamin bekerja sebagai pemandu teksi dengan pendapatan bulanan sekitar RM1,500, namun kini berdepan dengan masalah pandemik COVID-19 dan saingan e-hailing menyebabka­n keadaan kewangan semakin sukar.

“Bapa tertuduh juga menyara isteri dan seorang anak yang mempunyai masalah kesihatan, selain tertuduh yang sukar mendapat kerja dalam situasi sekarang. Tertuduh berjanji tidak akan melarikan diri selain telah memberikan kerjasama kepada polis,” katanya.

Nor Izzati membenarka­n jaminan sebanyak RM10,000 dengan dua penjamin bersama syarat tambahan tertuduh melapor diri di balai polis setiap bulan, lesen memandu digantung sehingga kes selesai dan pasport miliknya diserahkan kepada mahkamah.

Beliau menetapkan sebutan semula kes pada 23 April bagi serahan dokumen memandangk­an pihak pendakwaan masih menunggu laporan toksikolog­i tertuduh dan bedah siasat mangsa.

Pada Isnin lalu, polis mengesahka­n Muhammad Akmal Hakim maut selepas motosikaln­ya dirempuh dari belakang menyebabka­n mangsa yang bekerja di kawasan perindustr­ian Gebeng di sini, terpelanti­ng ke cermin hadapan MPV yang merempuhny­a sebelum terjatuh di tengah jalan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MABUK: Mandave mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Kuantan semalam, atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had dibenarkan sehingga menyebabka­n kematian seorang pekerja kilang, Isnin lalu.
— Gambar Bernama MABUK: Mandave mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Kuantan semalam, atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had dibenarkan sehingga menyebabka­n kematian seorang pekerja kilang, Isnin lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia